bisnes

TAWARAN MENARIK SETIAP JAM

Oleh Sri Ayu Kartika Amri

Kuala Lumpur: Harvey Norman Superstore meraikan pembukaan cawangan baharunya di KL East Mall dengan mengadakan jualan pembukaan terbesar bermula semalam hingga esok.

Pembeli yang membeli-belah di Harvey Norman KL East Mall sepanjang tempoh itu berpeluang menikmati tawaran menarik yang diadakan setiap jam.

Ia termasuk tawaran istimewa untuk rangkaian kelengkapan produk seperti elektrik, komputer, perabot dan tempat tidur.

Pengarah Urusan Harvey Norman Asia, Kenneth Aruldoss berkata, pihaknya menawarkan nilai hebat untuk pelbagai produk berkualiti tinggi.

"Selain itu, pelanggan dapat berbelanja dengan yakin dan bijak menerusi polisi tukar dan bayaran balik, tempahan produk, perkhidmatan penghantaran segera dan penjagaan produk Harvey Norman," katanya.

Pelbagai barisan jenama berkualiti tinggi disediakan di Harvey Norman KL East Mall antaranya Electrolux, Bosch, Fotile dan Brandt.

Selain itu, pembeli yang mencari peralatan memasak yang sesuai dengan dapur mereka juga boleh terus berjumpa dan mendapatkan pandangan pakar memasak Harvey Norman.

Bagi pelanggan yang ingin memanfaatkan teknologi terbaharu terdapat beberapa model eksklusif terdiri daripada jenama Microsoft Surface, HP, Asus, Acer, Lenovo, iPhone 12, Sonos, Arc dan banyak lagi ditawarkan di Harvey Norman.

Lebih menarik, terdapat juga pilihan perabot Itali yang elegan dan pilihan meja makan kayu yang boleh disesuaikan untuk mereka yang suka penampilan lebih premium.

Pembeli juga dapat melihat rangkaian tempat tidur anak-anak dan aksesori tempat tidur yang dipamerkan di Harvey Norman.

"Untuk mereka yang memilih pembelian online boleh melayari www.harveynorman.com.my, mengumpulkan barang di kaunter klik dan mengambilnya di rangkaian Harvey Norman Superstore baharu ini.

"Kami juga sentiasa melaksanakan pembasmian kuman serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di semua rangkaian Harvey Norman supaya pelanggan dapat membeli barang keperluan rumah mereka dengan selamat bersama kami," katanya.

Disiarkan pada: March 27, 2021 @ 7:01am
d