bisnes

WOWSHOP tawar rebat tunai RM555,555 kepada pelanggan

Kuala Lumpur: Sempena meraikan ulang tahun kelima, WOWSHOP tampil dengan wajah baharu dan menawarkan pelanggan lebih RM555,555 rebat tunai.

Selain itu, pelanggan turut berpeluang menikmati diskaun sehingga RM85 dan lebih daripada 155 barangan terpilih dengan harga daripada serendah RM15.

Ketua Pengarah Eksekutif WOWSHOP, Kim Yang Hyun berkata, WOWSHOP membuat jualan melebihi RM1 bilion sejak 2016 dan memiliki lebih 2.6 juta pelanggan.

"Ini adalah satu peningkatan yang sangat memberangsangkan dan bukti bagaimana kami berjaya membina keyakinan pelanggan.

"Menginjak ke tahun kelima dan seterusnya, WOWSHOP mara dengan penuh semangat, pelbagai inovasi dan penambahbaikan akan dilakukan dalam bahagian kerjasama digital termasuk peningkatan sistem dan perkhidmatan, menawarkan lebih produk dan kaedah pembayaran seperti pilihan Beli Sekarang Bayar Kemudian," katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, ulang tahun kali ini disambut dengan tema WOW Hi 5, pelbagai pakej WOW yang menyeronokkan akan ditawarkan selama lima hari berturut-turut bermula 31 Mac hingga 4 April yang akan menampilkan hadiah dan diskaun hebat serta pelbagai promosi istimewa untuk pelanggan.

Pesta membeli-belah ini memberi WOW kepada pelanggan di mana mereka boleh menikmati lima peratus diskaun daripada produk kempen dan lima peratus rebat tunai melalui pembelian dari pelbagai platform dalam talian.

Tawaran WOW Hi 5 turut menanti di mana pelanggan boleh menikmati RM5 WOW Cashback dengan pembelian minima bernilai RM60 yang menawarkan produk-produk dari lima Jenama Terbaik WOW.

Disiarkan pada: April 1, 2021 @ 10:50am
d