bisnes

Jualan hebat Lotus's

Kuala Lumpur: Lotus's Stores (Malaysia) Sdn Bhd yang sebelum ini dikenali sebagai Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus's Malaysia) menawarkan pelbagai barangan hebat pada harga istimewa melalui kempen Raya Mesti Raya.

Lotus's memahami hanya kerana rakyat Malaysia mungkin tidak dapat lagi meraikan perayaan dengan saudara-mara kerana larangan perjalanan rentas antara negeri namun ini tidak bermaksud perayaan tahun ini kurang meriah.

Presiden Lotus's Malaysia, Kenneth Chuah berkata, sambutan Ramadan dan Hari Raya Aildilfitri tahun lalu sangat hambar kerana pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama.

"Setahun sudah berlalu dan kita masih hidup dalam situasi pandemik. Namun, kita kini dapat mengatasinya jauh lebih baik dari dahulu dan ini inti pati utama kempen Raya Mesti Raya kami," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, melalui rantaian bekalan pintar dan inovasi produk, pihaknya dapat meyediakan cawangan Lotus's Malaysia dengan keperluan harian seperti daging, ayam, buah-buahan dan sayur-sayuran segar agar pelanggan dapat terus menjamu selera dengan baik pada sambutan perayaan, walaupun di kala wabak Covid-19 yang berlarutan.

"Kami sentiasa berusaha untuk memastikan pelanggan masih dapat memperoleh makanan raya seperti rendang dan sate dengan daging lembu Brazil yang diimport (RM11.89 per pek), Australia Bone-in Lamb Leg (RM27.39 sekilo) serta seekor ayam dengan harga RM5.99 sekilogram.

"Semua produk daging di Lotus's dijamin halal dengan perakuan dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Kami juga akan memberi potongan sehingga 35 peratus untuk kebanyakan makanan sejuk beku seperti sosej ayam, bebola daging, bebola ikan, daging cincang dan tempura nuget untuk juadah berbuka puasa yang lebih cepat dan mudah.

"Di samping itu, Lotus's juga membawa tujuh jenis kurma yang diimport dari Emiriah Arab Bersatu, Tunisia dan Palestin," katanya.

Katanya, ahli kesetiaan Clubcard juga akan menikmati penjimatan tambahan kerana pembelian mereka akan ditukar ke dalam mata terkumpul yang kemudian ditukar menjadi baucar.

"Baucar itu boleh digunakan untuk pembelian di masa hadapan. Memandangkan keadaan semasa, mata Clubcard lebih bermanfaat daripada sebelumnya untuk membantu pelanggan menguruskan kos sara hidup mereka," katanya.

Kempen Lotus's Raya Mesti Raya berlangsung sehingga 2 Jun 2021 di semua 62 cawangan dan saluran dalam talian Lotus's termasuk platform membeli-belah rumah runcitnya, Lazada dan Shopee.

Disiarkan pada: April 20, 2021 @ 9:45am
d