bisnes

Usahawan PKS manfaatkan Pakej Pintar Niaga

Oleh Mohammad Asyraf Khalib

SITUASI pandemik Covid-19 masih membimbangkan dengan kes positif terus direkodkan setiap hari.

Keadaan ini mendorong perintah kawalan pergerakan (PKP) kembali diperketatkan bagi membendung penularan wabak. 

Bagaimanapun, pelaksanaan PKP memberi impak besar terhadap ekonomi negara apabila banyak sektor perniagaan tidak dapat beroperasi seperti biasa. 

Kesan daripada itu, banyak perniagaan khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang sebelum ini hanya bergantung dengan hasil jualan bulanan terpaksa gulung tikar. 

Pakej Pintar Niaga 

Bimbang situasi ini berterusan, Lazada kembali dengan inisiatif Pakej Pintar Niaga. Ia adalah sebahagian komitmen Lazada menyokong PKS kekal berdaya tahan dengan alternatif platform digital. 

Sejak diperkenalkan pada PKP tahun lalu, Pakej Kedai Pintar 1.0 berjaya membantu 50,000 usahawan PKS menerusi peruntukan RM10 juta.

Lazada menjadi platform e-dagang pertama tampil dengan inisiatif Pakej Kedai Pintar 1.0 tiga minggu selepas PKP pertama dikuatkuasakan. 

Lebih menarik, majoriti usahawan PKS mula menikmati manfaat program fasa pertama itu selepas setahun mendaftar.  

Untuk Pakej Kedai Pintar 2.0, tahun ini Lazada menambah peruntukan sebanyak RM44 juta dan ia dijangka memanfaatkan lebih 70,000 usahawan PKS.

Komisen kosong peratus

Di saat e-dagang lain mengenakan komisen ke atas hasil jualan peniaga sebagai caj perkhidmatan, Lazada menerusi program dan pakej rangsangannya tidak mengenakan sebarang caj atau komisen kepada peniaga mereka. 

Ia menjadi bukti kesungguhan dan komitmen Lazada menawarkan sokongan berterusan terutama kepada usahawan PKS yang kini berhadapan pelbagai kesukaran dalam tempoh pandemik. 

Nafas baru di bulan Ramadan

Berkongsi manfaat Pakej Pintar Niaga, pemilik perniagaan Abe Nasi Kukus Ayam Berempah, Mohd Nujhan Zulkifli, berkata beliau bersyukur Lazada mengambil berat nasib peniaga kecil sepertinya.

"Apabila menjelang bulan Ramadan, ditambah pula dalam tempoh PKP, saya bimbang perniagaan trak makanan saya tidak dapat beroperasi seperti biasa di Bazar Ramadan TTDI.

"Saya buntu memikirkan cara untuk mempertahankan perniagaan yang sudah lebih tiga tahun beroperasi. Syukurlah Lazada muncul tepat masa, ibarat memberi nafas baru untuk perniagaan saya," katanya.

Dengan bantuan Lazada, Mohd Nujhan segera mendaftarkan perniagaan secara dalam talian menerusi festival makanan Lazat Bazaar. 

"Sebelum ini perniagaan memang terjejas teruk, tanpa alternatif digital serta sokongan dan kepercayaan diberi daripada Lazada, perniagaan saya mungkin tidak dapat bertahan

"Dapat berniaga secara dalam talian tanpa dikenakan sebarang caj atau komisen adalah satu nikmat besar untuk peniaga kecil seperti saya dalam tempoh mencabar ini", kongsi Mohd Nujhan. 

Lazada komited bantu PKS

Mengulas lanjut mengenai  Pakej Pintar Niaga, Ketua Pegawai Perniagaan Lazada Malaysia, Sherry Tan, berkata situasi pandemik tidak menentu memberi cabaran besar kepada peniaga.

"Apatah lagi, setiap kali tiba bulan Ramadan kami yakin ramai rakyat di negara ini merebut peluang untuk menjana pendapatan tambahan tahunan dengan berniaga.

"Disebabkan itu, Lazada melancarkan festival makanan dalam talian Lazat Bazaar untuk membantu peniaga di bulan Ramadan terutama mereka yang terjejas teruk akibat PKP," katanya.

Menurut Lazada, Pakej Pintar Niaga adalah medium terbaik untuk usahawan memacu perniagaan mereka ke tahap lebih tinggi kerana Lazada bersiap sedia berkongsi sumber, latihan dan pengalaman mereka.

"Kami teruja untuk terus membantu usahawan tempatan mengembangkan perniagaan sekali gus mengorak langkah menuju transformasi digital," katanya. 

Beri sokongan untuk Lazat Bazaar

Dengan segala manfaat ditawarkan menerusi Pakej Pintar Niaga, usahawan PKS disaran merebut peluang memperkukuh strategi perniagaan secara dalam talian. 

Usahawan tidak perlu bimbang kerana Lazada tidak mengenakan sebarang komisen atau caj kepada peniaga dalam usaha menyokong PKS memulihkan dan memajukan perniagaan dalam tempoh mencabar ini.

Sementara itu, rakyat Malaysia dijemput menyokong usahawan PKS sepanjang Ramadan ini dengan membeli Lazat Bazaar menerusi pautan ini

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai inisiatif ditawarkan Lazada, layari Pakej Pintar Niaga atau ikuti perkembangan terkini di Facebook dan Instagram Lazada Malaysia.

Disiarkan pada: April 28, 2021 @ 4:13pm
d