bisnes

Watsons lancar video Aidilfitri

Kuala Lumpur: Bagi memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri kali ini, Watsons Malaysia melancarkan Kempen Raya Unik, Raya Ikonik yang ditayangkan di seluruh saluran media sosial rasmi Watsons di Facebook, YouTube dan Instagram 27 April lalu.

Filem pendek ini diterajui artis yang juga Duta Watsons Ayda Jebat dan selebriti terkenal lain seperti Amy Search, DOLLA, Loca B, Chef Wan dan Nabil Mahir.

Video ini dipenuhi dengan emosi, ketawa dan meningkatkan silaturahim sambil memahami dan merangkul keperibadian yang berbeza dalam ahli keluarga.

Pengarah Urusan Watsons Malaysia, Caryn Loh berkata, pihaknya sangat gembira dapat melancarkan filem ikonik untuk Aidilfitri tahun ini.

"Walaupun raya tahun ini disambut secara berbeza kerana wabak Covid-19, Watsons sentiasa memupuk kesatuan dan kebersamaan untuk mengingatkan rakyat Malaysia bahawa tidak kira betapa berbeza gaya kita, kerana 'walau gaya tetap sama sekeluarga, air dicincang, tidak akan putus.'

"Kami berharap filem ikonik ini dapat menghiburkan rakyat Malaysia ketika menyambut Hari Raya secara sederhana," katanya.

Watsons juga menyumbang dan menyokong Persatuan Kanser Nasional Malaysia, Rumah Titian Kaseh serta 23 rumah lain di seluruh negara dengan pelbagai produk dan bekalan termasuk topeng muka, pembersih nyah kuman tangan dan produk kesihatan.

Caryn berkata, sumbangan itu adalah langkah diambil Watsons untuk memberi kembali kepada masyarakat.

"Kami berharap sumbangan ini dapat membantu masyarakat dan memberikan senyuman kepada semua orang sepanjang bulan Ramadan.

"Selain itu, pada suku kedua tahun ini sahaja, Watsons menyumbangkan barang keperluan bernilai lebih RM500,000 kepada pelbagai organisasi kebajikan di Malaysia, " katanya.

Disiarkan pada: May 1, 2021 @ 8:00am
d