bisnes

Domino's perkenal Top Secret Sos Domino's

Oleh Sri Ayu Kartika Amri

Kuala Lumpur: Domino's Piza Malaysia, melancarkan Top Secret Sos Domino's (Sos 'Top Secret' Pedas Memikat) tambahan perisa pedas yang terkini yang pekat berkrim dengan kelazatan bawang putih serta mempunyai tambahan rempah ratus dan kerangupan untuk memberikan lebih kelazatan kepada penggemarnya.

Sos 'Top Secret' Pedas Memikat ini didatangkan dengan empat pilihan utama iaitu Spicy Tuna Temptation, Spicy Vegie Fiesta, Spicy Classified Chicken dan Spicy Chicken Confidential.

Selain itu, Domino's juga memperkenalkan Spicy Fling Breadstix dan Spicy Fling Chicken Wings supaya pelanggan dapat menikmati piza mereka dengan sentuhan pedas yang boleh didapati dalam masa yang terhad.

Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan, Domino's Piza Malaysia dan Singapura, Linda Hassan, berkata, dengan rempah yang enak, Sos Top Secret Pedas ini ini adalah versi perisa pedas daripada piza Top Secret Sos popular Domino's yang sangat digemari oleh rakyat Malaysia di seluruh negara.

"Top Secret Sos kami adalah pilihan terlaris dan paling digemari dalam kalangan peminat kami dengan gabungan krim, keju dan bawang putih yang unik dalam empat rasa berbeza.

"Kami memahami kegemaran rakyat Malaysia terhadap makanan pedas, oleh itu kami memperkenalkan piza dan sampingan makanan pedas melalui Sos 'Top Secret' Pedas Memikat.

"Bagi pelanggan yang sinonim dengan piza kami yang dilengkapi dengan sos rahsia, Sos 'Top Secret' Pedas Memikat serba baharu ini akan menjadi alternatif yang lazat daripada pesanan biasa anda.

"Yakinlah bahawa Spicy Fling dibuat khas dengan kombinasi sempurna perencah cili pedas dan perahan cili yang sesuai untuk setiap cita rasa," katanya dalam kenyataan.

Linda berkata, pihaknya akan terus berusaha untuk memuaskan pelanggannya dengan keunggulan yang konsisten dalam kualiti makanan dan pengalaman.

"Kami melihat ini sebagai masa yang tepat untuk memanfaatkan profil rasa tempatan Malaysia dan membawa sentuhan baharu yang menarik.

"Kami berharap pelanggan menikmati tawaran masa terhad ini dengan insan tersayang dan pastikan untuk mencuba semua varian yang sedia ada," katanya.

Hanya untuk masa terhad, piza Domino's Sos 'Top Secret' Pedas Memikat boleh

didapati dalam saiz Personal, Regular, Large and Xtra Large dari kedai Domino's di seluruh negara.

Pelanggan boleh menambah Spicy Fling Breadstix dan Spicy Fling Chicken Wings untuk RM10.90 and RM14.90 sahaja.

Dapatkan piza Sos 'Top Secret Pedas' Memikat anda dengan menu Domino's dengan jaminan penghantaran Zero Contact dalam 30 minit secara percuma.

tamat

Disiarkan pada: May 2, 2021 @ 1:13pm
d