bisnes

Untung suku pertama MR DIY terus kukuh

Oleh Sri Ayu Kartika Amri

Kuala Lumpur: MR DIY Group (M) Bhd terus cemerlang apabila berjaya merekodkan peningkatan dua kali ganda keuntungan bersihnya kepada RM124.79 juta bagi suku pertama yang berakhir 31 Mac 2021 berbanding RM58.46 juta tahun sebelumnya.

MR DIY juga mencatatkan hasil lebih tinggi bagi pendapatan purata jualan bulanan setiap kedainya.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Adrian Ong berkata, ini adalah prestasi suku tahunan terkuat MR DIY setakat ini dan disebabkan beberapa faktor antaranya jaminan harga berpatutan.

"Rangkaian kedai kami terus berkembang, menjadikan setiap cawangan semakin mudah diakses oleh pengguna yang dibatasi kesan perintah kawalan pergerakan akibat pandemik Covid-19.

"Produk kami juga berkembang menjadi sekitar 18,000 simpanan stok (SKU) setakat ini dan kami melabur untuk mengembangkan platform e-dagang.

"Ini landasan strategi pertumbuhan kami terus memberikan hasil yang baik," katanya dalam kenyataan.

Disiarkan pada: May 3, 2021 @ 8:24am
d