bisnes

Maxis lancar Digital Marketing Starter Kit

Oleh BERNAMA

Kuala Lumpur: Maxis Bhd melancarkan platform pemasaran digital serba lengkap Digital Marketing Starter Kit, bagi membantu perniagaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menjangkau lebih ramai pelanggan dalam talian.

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat itu berkata, Digital Marketing Starter Kit adalah sebahagian daripada penawaran e-Dagang dan Runcit Maxis, yang direka untuk memperkasakan perniagaan baharu dalam e-dagang dan mereka yang tidak mempunyai pengalaman pemasaran digital.

Ketua Amalan Perusahaan Maxis Claire Featherstone berkata, platform ini pada dasarnya dapat membuka peluang baharu bagi PKS menjadi bahagian penting daripada ekosistem digital yang berkembang pesat dan berkembang ke pasaran domestik dan antarabangsa.

"Meningkatkan penggunaan digital bukanlah pilihan untuk mereka tetapi suatu keperluan untuk bertahan dalam persekitaran yang sangat kompetitif," katanya.

Dengan starter kit itu, perniagaan dapat membina kehadiran dalam talian dengan cepat dalam empat langkah mudah: Pilih objektif pemasaran; Pilih di mana mahu iklan dilihat; Pilih khalayak dan sasaran berdasarkan lokasi atau minat; dan Buat iklan menarik dengan templat reka bentuk yang siap digunakan.

Sebagai Penyedia Penyelesaian Teknologi oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) di bawah Geran Digitalisasi PKS, Maxis membolehkan PKS menuntut sehingga RM5,000 untuk mengambil pelbagai penyelesaian digital daripada Maxis.

PKS yang berminat untuk meneroka ciri terbaharu ini dapat menikmati percubaan percuma selama 30 hari sebagai permulaan menerusi https://business.maxis.com.my/en/digital-solutions/digital-marketing-sta....

Setelah didaftarkan, mereka dapat mengakses platform latihan yang kaya dengan kandungan e-Dagang dan Runcit Maxis serta mendapat akses ke webinar dan acara langsung Maxis dengan pemimpin pemikiran industri dan rakan global.

Disiarkan pada: May 12, 2021 @ 3:50pm
d