bisnes

Drebar menang peraduan MR DIY

SAMBUTAN Aidilfitri tahun ini amat bermakna buat seorang pemandu lori apabila memenangi hadiah utama peraduan MR DIYxMyDebit Je.

Mohd Khairi Khamis membawa pulang Honda HR-V 1.8L E di samping 358 lagi pelanggan bertuah MR DIY di seluruh negara yang turut memenangi hadiah bernilai lebih RM250,000.

Naib Presiden Pemasaran Kumpulan MR DIY, Andy Chin berkata, pihaknya berbangga menawarkan pelbagai produk berkualiti dengan harga sentiasa rendah untuk pelanggan dari semua lapisan masyarakat.

"Sebagai peruncit barangan kelengkapan rumah, kami mengadakan peraduan ini sebagai tanda penghargaan kepada semua rakyat Malaysia atas sokongan berterusan selama bertahun-tahun.

"Dengan menawarkan hadiah sederhana dan hebat ini, peraduan ini terbukti popular dalam kalangan rakyat Malaysia dan kami berharap ia akan menggembirakan pelanggan di seluruh negara," katanya dalam satu pengumuman pemenang peraduan itu.

Sementara itu, tiga pemenang pertama iaitu Muhammad Zulfadhli Abdul Rahman, Roslina Mohamad dan Chen Pei Wen membawa pulang motosikal Yamaha Y15ZR.

Lima pemenang tempat kedua iaitu Muhammad Arif Shah Abdul Malek, Tham Kok Wai, Nurfatin Fateha Mohd Latife, Zufilah Nur Mohamed dan Norazrin Azmi pula menerima iPhone 12 Pro Max (128 GB).

Disiarkan pada: May 20, 2021 @ 7:20am
d