bisnes

TM sedia berkhidmat sepanjang sekatan pergerakan penuh

Oleh Bisnes HM

Kuala Lumpur: Telekom Malaysia Bhd (TM) terus komited untuk memastikan perkhidmatan sokongan pelanggannya kekal beroperasi terutamanya ketika tempoh Sekatan Pergerakan Penuh bermula 1 Jun 2021.

Ketua Pegawai Pemasaran TM, Shanti Jusnita Johari berkata, TM akan meneruskan aturan kerja khas buat warga kerjanya iaitu diberi pilihan waktu kerja anjal atau pembahagian kumpulan bertugas di seluruh negara sehingga satu tempoh yang dinasihatkan oleh pihak kerajaan.

"Kami memahami betapa pentingnya untuk kekal terhubung apabila lebih rakyat Malaysia bekerja dari rumah, terbabit dalam pembelajaran secara dalam talian, menjalankan perniagaan menerusi dalam talian dan memastikan seisi keluarga kekal terhibur ketika duduk di rumah dengan selamat.

"Kadar penggunaan dijangka meningkat dalam tempoh sekatan pergerakan penuh ini dan pelanggan mungkin memerlukan sokongan untuk mengoptimumkan tetapan WiFi mereka di rumah.

"Pelanggan unifi boleh menempah perkhidmatan pengoptimuman WiFi daripada pasukan unifi Elite bagi mempertingkatkan lagi pengalaman internet mereka di rumah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pasukan Elite terdiri daripada pakar yang menyediakan penilaian dan perundingan WiFi untuk meningkatkan kesalinghubungan internet.

Sebanyak 100 slot pertama adalah percuma buat masa ini dan pelanggan jalur lebar kediaman unifi yang berminat boleh mendapatkan slot dengan melengkapkan borang dalam talian di unifi.com.my/bookunifielite.

Pelanggan digalakkan untuk memanfaatkan saluran-saluran digital TM yang boleh diakses 24 jam sehari bagi pertanyaan berkaitan akaun mereka, pengurusan serta pembayaran.

Ketika ini, unifi menawarkan #unifiyourworld yang memberikan penjimatan sehingga RM200 sebulan dan unifi Mobile 99 kini boleh dilanggan pada harga RM59 sebulan tanpa kontrak untuk pelanggan unifi sedia ada.

Bagi pelanggan perniagaan, mereka boleh melanggan pakej-pakej

perniagaan unifi yang kini didatangkan bersama Mesh Wi-Fi berprestasi tinggi dan penyelesaian perniagaan.

Disiarkan pada: June 3, 2021 @ 6:30pm
d