bisnes

Tawaran niaga-ke-niaga IKEA

IKEA melancarkan IKEA for Business, tawaran niaga-ke-niaga (B2B) yang membolehkan usahawan menyediakan persekitaran kerja yang berfungsi serta fleksibel bagi memenuhi cara kerja baharu.

Pengurus Negara IKEA for Business (Malaysia), IKEA Asia Tenggara, Parveen Sindhu berkata, ruang pejabat yang dirancang dengan baik terbukti dapat meningkatkan produktiviti dan kualiti kehidupan kerja, lebih-lebih lagi ketika ramai sedang mengimbangi tuntutan antara dua persekitaran kerja yang berbeza.

"Kami teruja untuk melancarkan semula IKEA for Business iaitu tawaran B2B kami yang membantu syarikat mencipta semula ruang kerja dengan mengambil kira aset terpenting mereka, iaitu pekerja "Justeru, penting untuk memberikan perhatian kepada ruang dan perincian susun atur pejabat ketika merancang semula ruang kerja dalam norma baharu ini," katanya dalam kenyataan.

IKEA for Business menawarkan kelengkapan gaya Scandinavia yang menginspirasikan dan mampu milik serta ruang kerja yang lestari dan bermutu tinggi.

Menerusi perkhidmatan hujung ke-hujung sehentinya, pemilik perniagaan dapat memperoleh penggayaan pejabat dan keperluan penting mereka dalam lingkungan perbelanjaan yang berpatutan.

Ia bermula dengan perancangan dalaman, pemilihan produk sehinggalah kepada penghantaran dan pemasangan.

Meskipun dalam keadaan tidak menentu ini, lebih 200,000 perniagaan baharu sudah didaftarkan di Malaysia antara Mac dan September 2020, sekali gus membuktikan ketabahan perniagaan melawan pandemik ini.

Sementara usahawan melancarkan dan menyesuaikan model perniagaan mereka, keperluan untuk melaraskan dan mereka semula ruang kerja yang mampu milik dan menginspirasikan akan terus meningkat, iaitu satu keperluan yang IKEA for Business bersungguh-sungguh mahu memenuhinya.

IKEA for Business dapat memenuhi keperluan semua jenis ruang perniagaan bagi membantu usahawan merealisasikan aspirasi perniagaan mereka.

Ia dalam menyediakan ruang kerja praktikal, ruang runcit yang sempurna, mahupun merancang susun atur restoran, pusat jagaan kanak-kanak dan sebagainya.

Disiarkan pada: July 13, 2021 @ 7:00am
d