bisnes

airasia ride tawar RM1 bagi setiap kilometer

AIRASIA Group memperkenalkan perkhidmatan e-panggilan terbaru, airasia ride kepada pelanggan di kawasan Lembah Klang yang menawarkan kadar tambang purata RM1 bagi setiap kilometer.

Ketua Pegawai Eksekutif airasia Super App, Amanda Woo berkata, dalam memberikan pengalaman terbaik kepada pelanggan, pihaknya bermatlamat bagi menyediakan perkhidmatan e-panggilan yang lebih mudah menerusi airasia Super App.

"Perkhidmatan airasia ride turut mempunyai DNA tambang rendah kami di mana semua penjimatan perniagaan akan disalurkan kepada penumpang melalui kadar tambang dan nilai terhebat dalam ekosistem e-panggilan yang kompetitif.

"Ini sebahagian daripada inisiatif transformasi digital berterusan kami menjadi Super App terbaik Asean yang akan dilancarkan di Thailand dan Indonesia tidak lama lagi," katanya.

Perkhidmatan airasia ride bakal berkembang di bandar lain di seluruh Malaysia tahun ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif airasia ride Malaysia, Lim Chiew Shan berkata, penumpang juga diberi peluang memilih jenis kenderaan dan pemandu bersesuaian.

Disiarkan pada: August 25, 2021 @ 7:10am
d