bisnes

Fokus produk berkualiti

Oleh Hajar UmiraMd Zaki

PEMILIK rangkaian pasar raya besar NSK Grocer, NSK Trading Company kini membuka cawangan pasar raya NSK Grocer di Quill City Mall di sini, 20 Disember lalu.

Pembukaan pasar raya NSK Grocer Quill City Mall menjadi antara pasar raya terbesar di daerah pusat perniagaan (CBD) Kuala Lumpur.

Pengerusi Versatile Creative Sdn Bhd, Tan Sri Mohd Shariff Omar berkata, pihaknya memfokuskan kepada penyediaan produk yang berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan.

Beliau berkata, produk yang disediakan di pasar raya NSK Grocer ini adalah termasuk barangan import serta tempatan.

"Kami menawarkan kepelbagaian produk terutamanya bahan-bahan segar seperti sayuran, buah serta daging yang berkualiti tinggi.

"Bahkan, dari segi keluasan pula, kami adalah pasar raya yang terbesar di pusat bandar, di mana kami mampu untuk memberikan pengalaman pembelian yang lebih selesa dengan adanya ruang yang luas," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Pelancaran Pembukaan Pasaraya NSK Grocer Quill City Mall, Kuala Lumpur.

Turut hadir, adalah Pengasas NSK Group, Lim Chou Bu dan Pengarah NSK Group, Chen Chuen Sum.

Mohd Shariff berkata, beliau turut menyifatkan pasar raya ini sebagai rangkaian kecil bagi Pasaraya Besar NSK, di mana pelanggan boleh mendapatkan pelbagai produk di sebuah pasar raya.

Mohd Shariff berkata, pihaknya akan membuka lebih banyak cawangan di lokasi strategik bagi mengukuhkan kedudukannya di pasaran.

NSK Grocer adalah pasar raya yang juga kerjasama antara NSK Trading Company dan Versatile Creative Sdn Bhd.

Disiarkan pada: December 30, 2021 @ 6:55am
d