bisnes

Berani tulis impian, usaha hingga jadi kenyataan

"Belajar berani menulis impian walaupun rasa mustahil untuk dicapai, namun dengan ilmu, usaha, bimbingan dan mentor yang betul ia mampu dicapai supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama," kata pengasas syarikat pembekal pakaian, Sueffi Holdings Sdn Bhd, Suzana Hashim.

Beliau yang berkongsi kejayaan berkata, dia belajar tulis impian sewaktu seminar Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) bimbingan Mentor Usahawan Datuk Wira Dr Azizan Osman walaupun tak percaya boleh capai atau tidak pada 2017.

"Saya tulis pada satu kad, 2020 nak capai jualan RM1.2 juta pertama pada Jun 2020, nak beli kereta Honda CRV, nak beli rumah, nak beri duit kepada mak dan ayah serta beberapa impian lain.

"Dipendekkan cerita, berkat belajar dan dibimbing Dr Azizan, pada 2020 saya berjaya mencapai jualan RM1.2 juta seperti tercatat pada kad impian malah pada tahun berikutnya hasil jualan meningkat kepada RM3.4 juta," katanya.

Beliau bersyukur, impian lain untuk memiliki kediaman, kenderaan dan memberi wang setiap bulan kepada ibu bapa juga tertunai.

"Sejak saya kenal RichWorks, banyak sangat ubah hidup saya.

"Dr Azizan minta saya fokus produk yang menguntungkan," katanya lagi.

Terdahulu, berbekal sijil kemahiran menjahit selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan pengalaman kerja selama enam tahun, Suzana memulakan perniagaan pertama pada 2013 di Sungai Besi dengan mengambil tempahan menjahit pakaian wanita.

"Sebelum itu, saya pembantu showroom di sebuah syarikat menjahit uniform dengan gaji permulaan RM750 sebulan.

"Tiga tahun pertama bisnes mengalami kerugian hingga tak mampu nak bayar gaji termasuk sewa kedai, sedangkan saya ingat dengan ada kemahiran dan pengalaman bekerja syarikat lama boleh buat bisnes serta jadi orang berjaya" katanya.

Pada 2015, wanita tabah ini menjual semua barang dalam kedai miliknya kecuali yang tinggal hanya sebuah mesin jahit dan memulakan semula perniagaan dengan menumpang di kedai orang lain.

Sedar kelemahan diri dan dahagakan ilmu, Suzana mengikuti progam anjuran RichWorks sehingga berjaya capai impian.

Disiarkan pada: January 30, 2022 @ 11:03am
d