bisnes

Bakal pelanggan tidak nampak bisnes anda

Isu dihadapi ramai usahawan di luar sana apabila produk atau perkhidmatan ditawarkan tidak nampak oleh bakal pelanggan.

Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks International Sdn Bhd (RichWorks), Radz Mohd berkata, isu terbabit adalah masalah yang selalu didapati usahawan terutama yang baharu.

Katanya, mereka tidak tahu cara yang betul dan berkesan bagi memasarkan bisnes yang sedang dijalankan.

"Banyak bisnes yang menjual produk atau perkhidmatan sama tapi apa yang membezakannya dengan orang lain?

"Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman menekankan kepentingan pemasaran yang umpama oksigen bagi manusia," katanya.

Kata Radz, masalah itu bukan hanya datang disebabkan keadaan semasa, sebaliknya tindakan usahawan sendiri.

"Sebab itu penting untuk memantapkan ilmu dan strategi bagi soal penjenamaan dan pemasaran sesuatu perniagaan.

"Justeru itu, kami menjemput bangsa usahawan untuk bersama Dr Azizan dalam Siri Klinik Usahawan Berani Bina Bisnes Berjaya - Branding & Marketing Power 2022 secara percuma pada 4 hingga 6 Mac nanti," katanya.

Disiarkan pada: January 30, 2022 @ 11:07am
d