bisnes

Kepentingan pemasaran dan penjenamaan bisnes

Shah Alam: Aspek pemasaran dan penjenamaan yang betul membantu usahawan meningkatkan jualan selepas dilihat dan dikenali sasaran anda.

Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks Radz Mohd berkata, tidak kira sesebuah bisnes tersebut besar atau kecil, kedua aspek di atas perlu diberikan perhatian oleh usahawan.

"Sebab itu, RichWorks akan bawakan Siri Klinik Usahawan Berani Bina Bisnes Berjaya - Branding & Marketing Power 2022 pada 4 hingga 6 Mac nanti.

"Program virtual secara langsung ini akan dikendalikan sendiri Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman bagi menyediakan anda apatah lagi persediaan hari raya nanti," katanya ketika dihubungi.

Radz berkata, usahawan perlu sentiasa kemas kini ilmu dan strategi yang terbukti sudah membantu ramai orang seperti yang terdapat di RichWorks.

"Apabila soal pemasaran dan penjenamaan anda dikenali ramai, lebih mudah untuk proses menjual dan seterusnya.

"Persoalannya kini, adakah bisnes anda sudah dikenali sasaran dikehendaki," katanya.

Dalam pada itu, Radz memberitahu, usahawan turut dijemput untuk bersama-sama dengan Dr Azizan di Telegram Azizan Osman Official setiap Ahad pada jam 8 pagi.

"Sesi khas Voice Chat sekitar sejam ini akan membawakan usahawan dengan perkara penting yang dilihat Dr Azizan dalam keadaan masa ini.

"Empat sesi voice chat dijalankan bermula 6, 13, 20 dan 27 Februari ini pra program sebelum siri klinik usahawan pada awal Mac nanti," katanya.

Disiarkan pada: February 6, 2022 @ 11:21am
d