bisnes

Fasa ubah hidup jadi luar biasa!

Oleh Azizan Osman

Metamorfosis - Adakah ia sedang berlaku dalam hidup dan bisnes anda?

Bagi orang yang berjaya di dunia pastinya ada melalui fasa metamorfosis dalam kehidupan mereka.

Tanpa metamorfosis, susah untuk seseorang itu berjaya sama ada dalam bisnes mahupun kehidupan, malah menjadi insan yang luar biasa.

Apa itu metamorfosis?

Metamorfosis bagi saya bermaksud sesuatu perubahan besar atau transformasi dalam hidup ini.

Tapi, kebanyakan daripada kita tanpa sedari, sebenarnya sudah pun mengalami metamorfosis.

Bagaimanapun, untuk mendapatkan metamorfosis atau transformasi lebih baik, ia perlu dilakukan dengan sedar.

Bagi usahawan, saya umpamakan mereka ini seperti beluncas yang dalam kitaran hidupnya sebelum menjadi kepompong dan akhirnya terbang sebagai kupu-kupu.

Bermula daripada telur, larva kemudian membentuk kepompong dan menjadi seekor kupu-kupu.

Tapi tahukah anda, ketika dalam fasa kepompong, masa yang sangat genting dan sukar di mana akan menentukan sama ada ia dapat meneruskan kitaran hidupnya.

Berada dalam ruang yang kecil, tanpa makan dan minum dengan bergantung kepada bekalan tersimpan dalam badan malah terdedah kepada ancaman luaran.

Kepompong yang dibentuk, perlu dipecahkan sendiri oleh bakal kupu-kupu yang akan menentukan hidup mati serangga ini.

Kajian saintis mendapati bila mana mereka cuba 'membantu' beluncas itu dengan memecahkan kepompong supaya mudahkan ia keluar nanti, ia lebih mudah mati.

Kupu-kupu itu tidak dapat survive bila mereka tak dapat mengikuti proses untuk 'memecahkan' kepompong itu.

Ketika fasa kepompong itu, umpama seseorang usahawan itu akan menerima tekanan, perubahan dan adaptasi perlu dilakukan.

Mereka perlu bertahan, malah melalui proses perjalanan dalam membina bisnes yang berjaya. Ingat apa saya selalu katakan:

"Trust the process!"

Sebagai usahawan, anda perlu percaya kepada proses yang perlu dilalui dengan melakukan tindakan, strategi dan panduan yang sudah diberikan.

Dari proses ini, menghasilkan banyak kejayaan ramai usahawan terutama anak bangsa saya.

Di sini lahirnya usahawan jutawan, bila mana RichWorks memang ada banyak bukti kejayaan anak didik menyaksikan transformasi hingga capai jualan bukan hanya jutaan malah puluhan dan ratusan juta.

Begitu juga yang berlaku dalam membina bisnes berjaya, usahawan itu perlu melakukan metamorfosis yang memerlukan tiga perkara ini :

1. Mempunyai matlamat yang lebih besar

2. Bila ada matlamat yang besar maka ia memerlukan tindakan besar bersama tekanan kepadanya

3. Proses transformasi tahap tinggi itu berlaku dengan sengaja

Tiga perkara di atas ini menunjukkan apa yang diperlukan untuk metamorfosis. Jika tak nak berubah, maka hidup kita ini boleh reverse atau terkebelakang.

Ini yang saya saksikan sendiri daripada bimbingan yang pernah diberikan kepada ramai usahawan membina bisnes berjaya bersama kami.

Bagaimanapun, usahawan juga tidak boleh selesa kerana selesa umpama 'racun' perniagaan terbesar anda!

Adakah anda selesa dengan prestasi jualan sekarang ini, selesa dengan perkembangan bisnes dilalui dan pelbagai lagi keselesaan yang anda rasa.

Baru mendapat kejayaan sikit, sudah selesa, rasa sudah tak perlu buat apa-apa lagi penambahbaikan dan pembaharuan.

Ini yang menjadikan anda lalai menyebabkan pesaing mula bergerak lebih pantas dan akhirnya memotong anda.

Jika anda ingin metamorfosiskan bisnes dan kehidupan anda, saya jemput untuk bersama-sama saya pada Siri Klinik Usahawan Bina Bisnes Berjaya - Branding & Marketing Power 2022 pada 4 hingga 6 Mac ini.

Saya akan kongsikan dengan anda tentang penjenamaan dan pemasaran yang diperlukan masa ini kerana tahun 2022 ini pastinya mencabar bagi bangsa usahawan.

Disiarkan pada: February 27, 2022 @ 7:04pm
d