bisnes

Jangan terlepas, panduan usahawan ketika krisis

Shah Alam: Bangsa usahawan tidak boleh terlepas mendapatkan buku terbaharu yang mengandungi panduan dan perkongsian penting dalam berdepan dengan krisis.

Menurut Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd, buku yang ditulis Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman baru saja dilancarkan pada minggu lalu.

Katanya, krisis dan cabaran sentiasa ada dan pastinya perlu dihadapi bangsa usahawan.

"Di sinilah, menjadi penentu kepada seseorang usahawan itu mampu terus berkembang atau kekal pada tahap sama dan lebih serius hingga ada yang tersungkur.

"Melalui buku ini, Azizan berkongsikan panduan penting yang telah pun digunakan anak didiknya hingga menyaksikan mereka bukan saja bertahan malah berkembang ketika krisis," katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Tambah Radz, sebab itu Azizan menghadiahkan 10,000 naskhah buku ini secara percuma agar sedikit sebanyak dapat membantu bangsa usahawan di luar sana.

"Sebenarnya ketika krisis ataupun adanya cabaran, terdapat 'peluang' bagi mereka yang tahu.

"Sebab itu, bangsa usahawan perlu sentiasa tingkatkan diri dengan ilmu dan strategi yang berkesan agar dapat membantu mereka," ujarnya lagi.

Selagi stok masih ada, dapatkan buku ini dengan layari https://richworks.com/bukubangkithm sekarang.

Disiarkan pada: March 20, 2022 @ 11:58am
d