bisnes

Komited bina bisnes!

Oleh Azizan Osman

Kita sudah masuk ke penghujung suku pertama 2022 ini yang menjadi waktu yang penting buat ramai usahawan untuk capai apa disasarkan.

Tapi, ramai orang cakap komited, sedangkan dia tipu dan sabotaj diri sendiri. Sebenarnya ramai orang ada 'masalah' pada diri mereka sendiri.

Tak komited, tak nak belajar, tak mahu bertindak dengan bermacam-macam alasan.

Sedangkan untuk bina bisnes yang berjaya, pertamanya anda kena komited.

Mana boleh jadi seorang pemain skuasy terbaik dunia seperti Datuk Nicol David yang menjadi juara dunia lapan kali sebelum ini, dengan berlatih ikut suka hati sambil makan kuaci!

Mustahil untuk menjadi juara dunia. Begitu juga anda sebagai seorang usahawan yang juga perlukan komitmen dalam 'latihan' antaranya pembelajaran, bimbingan coach dan tindakan konsisten.

Pepatah Arab ada menyatakan, "Man jadda wajada." Bermaksud siapa yang berusaha (insya-Allah) akan mendapat apa yang diusahakan.

What you give, you will get more. Apa yang kita beri, insyaAllah kita akan dapat lebih lagi.

   

Tanam buah durian

   

Saya bagi analogi ini, bila kita nak hasilkan buah durian, pastinya perlu tanam benih durian bukannya pokok-pokok lain.

Tapi adakah cukup untuk kita hanya tanam benih durian itu begitu saja?

Kemudian berharap dan berdoa agar ia menjadi pokok durian yang besar.

Tak mungkin dan sukar. Anda kena gunakan baja dan racun yang betul, agar dapat buat ia membesar dengan cukup nutrien di samping lindungi pokok durian itu daripada serangga perosak.

Begitulah juga bagi proses transformasi diri dan bisnes, ia memerlukan komitmen.

Lapan puluh peratus kejayaan bila orang itu hendak tapi sebenarnya tak cukup lagi.

Usahawan yang hendak bina bisnes berjaya memerlukan lebih 100 peratus komitmen dari segi jasad, hati dan roh.

Malangnya, ramai usahawan yang saya lihat di luar sana tak komited, minta maaf saya cakap umpama hangat-hangat tahi ayam.

Tak mahu buat sesuatu itu sampai habis

Justeru itu, persoalan penting yang mereka kena tanya diri sendiri adalah ketahui di mana berada sekarang?

Perlunya tahu dekat mana tahap berada supaya tak dibuai mimpi indah dan janji palsu.

Ambil kertas dan tulis realiti keadaan bisnes anda. Lebih teruk, jika anda sebagai usahawan sendiri tak tahu apa keadaan dihadapi ketika ini.

Kesimpulan saya nak sampaikan di sini, kena tahu keadaan sekarang - di mana anda berada.

Untuk bina bisnes yang berjaya memerlukan metamorfosis atau great transformation yang boleh bermula bukan hanya dalam masa tiga tahun malah tiga bulan ataupun tiga hari saja.

Bergantung kepada tahap anda sama ada cepat atau lambat, namun anda semua perlu percaya kepada proses yang ada.

Belajar dengan saya tak senang, saya tegas dan serius nak bina bisnes bahkan hidup anda. Jika saya komited, anda juga perlu komited.

Pasakkan kata-kata saya ini bahawa: "How you do anything, is how you do everything!"

Metamorfosis anda adalah kepuasan saya bersama RichWorks, transformasi kehidupan dan kewangan dari dulunya struggle menjadi sukses.

Disiarkan pada: March 20, 2022 @ 12:09pm
d