bisnes

Habib perkenal koleksi Rantaian Kasih

Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque

Kuala Lumpur: Habib memperkenalkan koleksi terbaharu sempena sambutan Aidilfitri tahun ini dengan tema Rantaian Kasih.

Pengerusi Eksekutif Kumpulannya, Datuk Seri Meer Habib berkata, koleksi itu menampilkan rekaan lebih segar untuk digayakan sepanjang Aidilfitri.

Menurutnya, koleksi moden ini memenuhi citarasa setiap pelanggan yang mahu kelihatan bergaya dengan rekaan moden kontemporari.

"Tahun ini Habib memilih penggunaan warna terang yang lebih ceria dengan menerapkan elemen moden dan kontemporari.

"Elemen songket juga diterapkan dengan nilai sejarah dan warisan yang memerlukan kreativiti dan kehalusan penghasilan bermutu dan eksklusif," katanya pada majlis memperkenalkan Koleksi Raya Habib di sini, hari ini.

Promosi koleksi ini berlangsung sehingga 15 Mei depan di semua pusat pameran Habib seluruh negara.

Katanya, tahun ini juga Habib memperkenalkan syiling wafer emas 999 edisi terhad dengan rekaan tradisional Malaysia.

"Syiling wafer emas 999 ini diilhamkan dengaj motif songket sesuai untuk dijadikan hadiah atau pengganti duit rata.

"Ia dijual pada harga RM118 atau dalam bentuk set RM599 dengan lima rekaan rumah tradisional Malaysia," katanya.

Disiarkan pada: April 5, 2022 @ 4:28pm
d