bisnes

Papan iklan di lebuh raya pertemukan Ee Nee dengan RichWorks

Kuala Lumpur: Papan iklan yang banyak di sepanjang lebuh raya membuatkan ramai tertanya-tanya apakah kehebatan usahawan berkenaan sehingga mampu memasarkan produknya?

Bagi pengasas Arinna Accessories Sdn Bhd, Ng Ee Nee, persoalannya terjawab selepas menyertai program Zero Kos Marketing Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman.

"Saya berulang-alik dari Alor Setar, Kedah ke Kuala Lumpur saya cakap dengan suami saya hairan ada berpuluh papan iklan jenama yang sama.

"Saya pernah tanya harga untuk papan iklan berkenaan bukan murah sehingga ratus ribu ringgit setahun," katanya.

Akhirnya, beliau mencari maklumat mengenai pengasas produk yang mengiklankan produk mereka di papan iklan sepanjang lebuh raya itu.

"Saya rasa sangat teruja nak tahu apa yang mereka lakukan, saya cari dan dapat tahu mereka anak didik kepada Dr Azizan.

"Saya sembang dengan suami, dulu papan iklan jenama luar negara seperti Panasonic dan yang kita kenal sahaja tetapi sekarang sudah bertukar.

"Saya tengok semua jenama tempatan yang diusahakan orang Melayu yang mampu bayar papan iklan walaupun kos tinggi," katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau mengambil keputusan menyertai program berkenaan pada Oktober 2020 diikuti program mentoring Titanium anjuran RichWorks.

Hasilnya, pada 2020 syarikat meraih jualan RM1.7 juta meningkat kepada RM2.1 juta dan mensasarkan RM4 juta pada tahun ini.

"Selain peningkatan dalam perniagaan, saya juga semakin gembira dalam kehidupan," katanya.

Maklumat lanjut dan produk boleh didapati di Facebook Arinna Korea Premium Brooch.

Disiarkan pada: May 8, 2022 @ 12:02pm
d