bisnes

Pinjaman wang dalam talian kini lebih mudah

Oleh Samadi Ahmad

Kuala Lumpur: Tidak lagi bersandarkan kaedah konvensional apabila urusniaga dan permohonan pinjaman wang kini boleh dilakukan secara dalam talian.

Terbaru Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengumumkan kebenaran tambahan kepada Melati Panorama Sdn Bhd (MPSB) untuk menjalankan urusniaga pemberian pinjaman wang secara dalam talian kepada orang ramai.

Pengumuman dibuat Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Seri Dr. Ismail Abd Muttalib.

Ketika berucap pada majlis perasmian itu, Ismail berkata, kebenaran diberikan kepada MPSB selaku pemegang lesen Pemberi Pinjam Wang sedia ada adalah bagi memastikan perlindungan kepada peminjam serta Syarikat Kredit Komuniti melalui kaedah pemberian pinjaman secara dalam talian yang lebih telus dan berintegriti serta mematuhi peruntukan yang telah ditetapkan.

"Kepuasan pelanggan adalah keutamaan bagi syarikat MPSB. Oleh demikian MPSB menghasilkan MPSB Credit secara dalam talian supaya pelanggan dapat menikmati pengalaman yang memuaskan," katanya semasa Majlis Perasmian MPSB Credit bertempat di sebuah hotel di sini, semalam.

Turut hadir pada majlis perasmian itu adalah Pengerusi MPSB, Melvin Chia dan Mr Evereet Yee serta Ketua Pegawai Eksekutif CTOS, Tracy Gan.

Disiarkan pada: October 6, 2022 @ 11:17pm
d