bisnes

Promosi istimewa kepada 80 pelanggan pertama Delux

DELUX Holdings (M) Sdn Bhd (Delux), antara pengeluar pintu pagar automatik dan keselamatan terkemuka Asia Tenggara membuka bilik pameran di Johor Bahru, pusat terbesar di selatan Malaysia.

Bilik pameran yang terletak di Taman Ekoperniagaan itu berfungsi sebagai pintu masuk untuk pelanggan melihat dan merasai rangkaian produk Delux dan cirinya dengan lebih baik.

Delux menawarkan promosi istimewa untuk 80 pelanggan pertama untuk menikmati 40 peratus potongan pintu pagar automatik aluminium tanpa trek dan potongan 30 peratus untuk pintu keselamatan aluminium.

Pengasas Delux, Datuk Dylan Chui Saig Herg, berkata pembukaan bilik pameran terbesar di Johor itu dijangka membawa produk dan perkhidmatannya yang lebih dekat kepada pelanggan, terutamanya di selatan tanah air.

"Kami percaya pembukaan bilik pameran kontemporari ini tepat pada masanya dalam usaha membantu pelanggan kami memenuhi impian mereka untuk membina rumah yang lebih baik dan selamat. Ia juga memberi kami peluang untuk menangani keperluan pelanggan dengan lebih baik secara peribadi.

"Melangkah ke hadapan, kami akan terus meningkatkan kehadiran di dalam dan luar talian," katanya.

Disiarkan pada: November 2, 2022 @ 7:10am
d