bisnes

Delux tawar program sewa pagar automatik, pintu sekuriti

Kuala Lumpur: Delux Holdings (M) Sdn Bhd (Delux) kini menawarkan program sewa pintu pagar automatik tanpa trek dan pintu sekuriti yang pertama di Malaysia dalam usaha mengurangkan beban kewangan kepada bakal pelanggannya.

Dengan kadar sewa serendah RM167 sebulan, pemilik kediaman kini berpeluang mendapatkan pintu pagar automatik atau pintu sekuriti untuk kediaman mereka.

Pengasas Delux, Datuk Dylan Chui Saig Herg berkata, program ini menawarkan pelanggan untuk menyewa produk dan memiliki sepenuhnya selepas penyelesaian pembayaran mengikut tempoh perjanjian.

"Apa yang menarik adalah pelanggan boleh membuat bayaran melalui kaedah autodebit secara bulanan. Jadi, tidak perlu lagi terikat degan komitmen kad kredit serta berbelanja melebihi kemampuan atau bajet ketika pengubahsuaian rumah dan pembelian perabot," katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, walaupun keadaan ekonomi dan harga bahan mentah sentiasa meningkat, pelanggan tetap boleh mendapatkan perkhidmatan berkenaan mengikut harga yang dikekalkan.

"Dalam masa sama, program ini mampu memberi fleksibiliti yang selesa serta kaedah pengurusan aliran tunai yang lebih cekap kepada pelanggan.

"Apa yang penting adalah pelanggan tidak perlu membuat pembayaran penuh dengan kad kredit ketika berbelanja," katanya.

Menurutnya, program ini memberi fleksibiliti kepada pelanggan untuk memilih tempoh sewa mengikut kemampuan kewangan sama ada selama 12 bulan, 24 bulan atau 36 bulan.

"Pelanggan kini mampu memiliki pintu pagar automatik dan pintu sekuriti untuk rumah idaman.

"Terdapat lebih daripada 1,250 jenis reka bentuk yang boleh pelanggan pilih dalam program ini.

"Dengan harga serendah RM167 sebulan untuk pintu sekuriti dan RM410 sebulan untuk pintu pagar automatik tanpa trek, pelanggan kini mampu memiliki pintu pagar automatik dan pintu sekuriti berkualiti serta terjamin untuk rumah idaman mereka," katanya.

Disiarkan pada: February 23, 2023 @ 2:42pm
d