bisnes

PKNS bantu usahawan kembang perniagaan

Oleh BERNAMA

PERBADANAN Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menganjurkan Program Jaringan BizClub: BizMatch Mega 2.0 yang menjadi platform terbaik untuk usahawan mengembangkan jaringan perniagaan mereka.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mahmud Abbas berkata, melalui program itu, usahawan di bawah Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU) PKNS dapat bertemu dan berinteraksi secara terus bersama agensi terpilih yang mampu membangunkan perniagaan mereka pada masa depan.

"PKNS sebagai sebuah organisasi yang mementingkan kemajuan modal insan, menyediakan program ini untuk merapatkan kegiatan perniagaan masyarakat yang dihasilkan melalui inisiatif PKNS ini.

"Malah, menerusi program-program dianjurkan oleh BPU PKNS, ia membantu menyediakan peluang baharu kepada golongan usahawan untuk melangkah lebih jauh. Perniagaan mereka boleh dikembangkan ke tahap lebih tinggi," katanya semasa berucap pada program berkenaan yang dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari di sini, baru-baru ini.

Program Jaringan BizClub: BizMatch yang bermula sejak 2022, kini mempunyai lebih 400 ahli aktif.

Mahmud berkata, pihaknya berharap usahawan yang menyertai program itu dapat mencari peluang pembiayaan bersama 30 agensi pembiaya dan agensi keusahawanan yang membuka rerurai di sini.

Disiarkan pada: July 17, 2023 @ 6:10am
d