bisnes

Korea Selatan bakal jadi sumber utama FDI ke Malaysia

Kuala Lumpur: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti) optimis Korea Selatan akan meningkatkan kedudukannya sebagai antara sumber utama pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia tidak lama lagi.

Ini kerana kebanyakan pelaburan dari Korea Selatan adalah dalam sektor kimia dan petrokimia, yang menjadi salah satu sektor tumpuan di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP 2030), kata Menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata daripada 11 sektor keutamaan, sektor bahan kimia dikenal pasti salah satu sektor berimpak tinggi, pertumbuhan tinggi yang menyumbang kepada sasaran keseluruhan NIMP 2030.

"Pasaran bahan kimia khusus adalah besar. Dan terdapat peluang untuk Malaysia menguasai perniagaan itu dengan mengeluarkan bahan kimia khusus di dalam negara, menguasai permintaan pasaran domestik dan peluang eksport," katanya.

Disiarkan pada: April 23, 2024 @ 10:00am
d