dekotaman

Lemon bersihkan peralatan memasak

Oleh Faizal Zain

Salam deko. Syukur dipertemukan dengan Ramadan kali ini. Pada bulan yang penuh berkat ini banyak kesempatan dapat kita gunakan untuk membersihkan hati dan naluri menjadi insan lebih baik. Malah, ia juga antara waktu terbaik membersihkan bahagian dapur yang biasanya ‘meriah’ dengan aktiviti memasak pada pagi atau tengah hari.

Kini hanya petang suasana di ruang dapur kembali sibuk untuk persiapan juadah berbuka puasa atau waktu bersahur. Bagi dua minggu ini, saya ingin berkongsi beberapa panduan membersihkan ruang itu dengan mudah. Inilah masa yang paling sesuai bagi kita untuk membersihkan ruang dapur juga antara persiapan menyambut kunjungan tetamu pada Ramadan dan meraikan Syawal. Menjaga kebersihan dapur sangat penting kerana ia ruang penyediaan makanan. Jadi, sebaik manapun nutrisi yang terkandung di dalam bahan makanan yang kita sediakan, jika keadaan dapur dan peralatan memasak kotor tentu sahaja tidak terjamin kebersihannya selain berisiko mengganggu kesihatan sisi keluarga.

Berikut beberapa tip untuk membersihkan dapur:

• Belah dua biji lemon, kemudian taburkan serbuk soda ke permukaan lemon yang dipotong.

• Kemudian gosokkan lemon tadi untuk membersihkan kotoran pada peralatan memasak.

• Bagi menghilangkan bau pada bekas makanan plastik pula, cuba gunakan garam atau biji kopi.

• Letakkan kedua-dua bahan ini di dalam bekas makanan plastik, lalu tutup dan biarkan beberapa saat.

• Garam dan biji kopi terbukti menyerap bau yang kurang enak pada bekas makanan plastik itu.

Disiarkan pada: May 27, 2017 @ 12:20am
d