dekotaman

Persekitaran segar terapi semula jadi

Oleh Hartini Mohd Nawi

Seni bina landskap turut membabitkan sains dan seni mengubah suai kawasan dengan menyusun atur sesuatu yang semula jadi termasuk penanaman atau pembinaan elemen secara terancang dalam suatu pelan komprehensif.

Prinsip rekaan landskap pula merangkumi elemen tertentu termasuk kesatuan (harmoni), penegasan (tarikan) dan kepelbagaian (mengelakkan kebosanan).

Jelas, keindahan landskap tidak hanya terletak pada kesuburan hamparan hijau tanaman, malah kesesuaian dan keselesaan komuniti di persekitarannya perlu menjadi keutamaan.

Ini kerana elemen itulah secara tidak langsung berperanan sebagai terapi semula jadi khusus buat masyarakat bandar yang berdepan tekanan kerja saban waktu.

Lantas landskap sejuk mata memandang sering menjadi pilihan supaya waktu berada di rumah lebih bermakna atau pelaburan yang dikeluarkan dengan membeli hartanah eksklusif berbaloi.

Apatah lagi landskap itu sendiri mempunyai kepelbagaian fungsi termasuk perlindungan dan teduhan, mengawal pencemaran alam dan mengimbangi ekologi seta kehidupan fauna.

Hasil kerja landskap itu menarik dipandang memerlukan idea, gabungan, prinsip penanaman, susun atur dan keseimbangan yang perlu diambil kira.

Apabila wujudnya idea ia memerlukan pelan perancangan yang perlu dimulakan terlebih dulu, supaya landskap terhasil mengikut kehendak asal diinginkan.

Selain itu perancangan juga penting dalam merealisasikan landskap yang mampu bertahan lama dan menjimatkan kos terutama penyelenggaraannya.

Landskap privasi

Berada di Eco Majestic iaitu lokasi pembangunan perumahan baru di Semenyih, Selangor turut membawa gambaran menarik dalam perancangan landskap di keseluruhan persekitarannya.

Semuanya dirancang rapi supaya pemilik kediaman di kawasan itu lebih selesa dan berada dalam suasana privasi sepanjang masa.

Menurut Pengurus Besar Bahagian Eco Majestic Evon Yap, objektif utama perencanaan landskap itu bertujuan mengekalkan keindahan semula jadi di kawasan itu selain mendekatkan komunitinya dengan persekitaran segar dan sihat.

“Kediaman yang berlatarkan landskap mesra alam tentunya menjadi idaman setiap pemilik.

“Oleh itu, kami cuba realisasikan sebaik mungkin sebagai penghargaan terbaik,” katanya.

Evon berkata, secara keseluruhannnya, landskap yang diketengahkan itu turut memberi peluang kepada tetamu atau pengguna laluan di Eco Majestic untuk lebih menghargai keindahan alam.

“Di setiap bulatan pula, elemen landskap ditampilkan dengan gaya tersendiri,” katanya.

Dari pintu masuk arah utara ke kawasan perumahan mewah dan eksklusif itu, aura kolonial dan moden klasik kontemporari sudah terasa sebaik merentasi laluan ‘karpet merah’ sebagai pengenalan utama berada di Eco Majestic.

Dalam dataran landskap hijau yang diselari dengan seni bina pada setiap kediaman dengan setiap fasa mempunyai tema tersendiri.

Mengunjungi pekarangan kediaman jenis Cradleton, di bahagian pintu masuknya mata pasti tidak terlepas pandang air berpancuran di bulatan utama.

Di hadapannya pula terdapat Ceremonial Plaza yang sering dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti komuniti penghuni Cradleton.

Begitu juga dengan landskap di Linear Park yang menjadi taman tumpuan apabila menyediakan pelbagai kemudahan kepada semua lapisan usia.

Sementara itu, Pengurus Kanan Kumpulan Landskap Eco Majestic Mohd Feyriyss Md Mohtar berkata tanaman herba juga ditempatkan sebagai mengimbangi persekitaran hijau itu di Linear Park itu.

“Malah keunikan landskap di setiap unit kediaman pula membabitkan tanaman yang berperanan sebagai penyambut tetamu.

“Elaeocarpus An-gustifolius bertukar merah pada musim bunga (di luar negara).

“Cinnamomum iners pula mengeluarkan aroma tersendiri selain berfungsi sebagai penghalau nyamuk,” katanya.

Layari www.ecoworld.my untuk keterangan lanjut.

Disiarkan pada: June 3, 2017 @ 7:44am
d