dekotaman

Hidup lestari, alam sekitar terjaga

Oleh Hartini Mohd Nawi

Dalam usaha membantu masyarakat negara ini melengkapkan kehidupan lebih lestari, IKEA kini memperkenalkan kempen ‘Sustainable Living Project.’

Inisiatif hingga 6 Ogos itu bertujuan meningkatkan kesedaran berkenaan kepentingan gaya hidup yang lestari menerusi empat elemen utama iaitu menjimatkan tenaga, memulihara air, mengurang dan mengitar semua sisa serta kehidupan sihat.

Menurut pengurus runcit IKEA Singapura, Malaysia dan Thailand Mike King, pihaknya percaya setiap pelanggan mampu menjalani kehidupan lebih lestari dan pada masa sama melindungi alam sekitar.

“Ia tidak memerlukan perbelanjaan tambahan, perubahan gaya hidup radikal atau kompromi terhadap gaya.

“Melalui ‘Sustainable Living Project,’ kami berharap ia dapat membantu masyarakat negara ini membuat perubahan biarpun kecil tapi ketara di dalam rumah,” katanya.

Beliau berkata, setiap perubahan itu bermula dengan individu.

“Ramai yang inginkan kehidupan lestari, namun tidak tahu cara melakukannya.

“Di sinilah letaknya peranan IKEA yang sememangnya terkenal sebagai pusat sehenti dengan menawarkan pelbagai pilihan produk dan maklumat bermanfaat untuk kehidupan lestari hari ini serta akan datang,” katanya.

Bagi memberikan gambaran lebih jelas, pusat sehenti hiasan dalaman itu turut mengendalikan Lawatan Rumah Lestari di IKEA Damansara dan IKEA Cheras sepanjang tempoh kempen itu.

Malah pengunjung yang menyertai lawatan berpandu berkenaan berpeluang meninjau rekaan dalaman dengan penataan serba lengkap.

Sudah tentu pengalaman itu membuatkan anda teruja kerana lawatan itu lengkap dengan gambaran sebuah kediaman dari ruang tamu, ruang dapur, bilik tidur, bilik air dan ruang santai atau berkebun.

Lebih menarik perhatian apabila di setiap ruang, perabot dan aksesori hiasannya mempunyai ciri-ciri kehidupan lestari dalam ‘Sustainable Living Project.’

Sekali gus memberikan idea dan penyelesaian hiasan dalaman yang anda cari selama ini.

Pada masa sama pelbagai panduan menzahirkan empat elemen utama kelestarian IKEA.

Anda yang berminat untuk mendaftar dan menempah sesi Lawatan Rumah Lestari IKEA itu boleh layari IKEA.my/sustainable-living mulai sekarang hingga 5 Ogos ini.

Sementara itu, tiga keluarga bakal dipilih dan layak menerima rundingan serta produk IKEA bernilai hingga RM8,000 untuk menwujudkan kehidupan lebih lestari di kediaman masing-masing.

Tambahan pula setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad, ahli IKEA FAMILY boleh berkunjung ke mana-mana cawangan IKEA untuk menukarkan bahan kitar semula seperti botol plastik, tin aluminium dan surat khabar lama bagi mendapatkan mata ganjaran hingga 6 Ogos ini.

Langkah itu juga antara usaha dalam kempen ‘Sustainable Living Project.’

Anda yang belum mendaftar sebagai ahli IKEA FAMILY boleh berbuat demikian di setiap cawangan IKEA atau atad talian IKEA.my/FAMILY/register.

Disiarkan pada: July 22, 2017 @ 9:57am
d