dekotaman

6 taman tercantik di Tokyo

Oleh Susunan Hartini Mohd Nawi

Miliki keindahan semula jadi, tumpuan peminat fotografi.

1. Kiyosumi Teien

Taman tradisional Jepun ini lengkap dengan kolam dan tempat menikmati minuman teh Jepun.

Mengunjungi taman ini, membawa anda meninjau laluan menarik di tepi air.

Batu besar yang diperoleh dari sekitar negara matahari terbit itu pula turut menjadi tarikan utama.

Selain mempunyai ciri-ciri yang jelas dalam reka bentuk keseluruhan taman.

‘Japanese black pine’ juga dilihat membentuk sebahagian taman dengan bunga-bungannya.

Lebih menarik setiap musim, taman itu tampil dengan pelbagai bunga berbeza.

2. Happo-en

Happo-en antara taman paling luas terletak Daerah Minato.

Malah taman ini turut menyajikan pemandangan indah semula jadi dan sering menjadi lokasi tumpuan pengantin dan peminat fotografi.

Ia dilengkapi dengan sebuah restoran mengadap kolam serta kedai teh.

3. Imperial Palace East Garden

Taman ini adalah sebahagian daripada kawasan Imperial Palace yang terletak di pusat bandar.

Imperial Palace East Garden dibuka kepada orang ramai sepanjang tahun.

Namun Imperial Palace sendiri ditutup kepada orang awam kecuali 2 Januari dan 23 Disember.

Latar landskap diindahkan dengan ‘kebun’ pelbagai bunga bermusim.

Muzium di taman ini turut menjual poskad dan cenderahati menarik.

4. Hamarikyu Onshi-teien

Taman ini menawarkan pemandangan landskap hijau yang dikelilingi air laut Tokyo Bay.

Pada masa sama taman ini turut menyediakan ‘rumah’ tradisional yang menyajikan teh dan masakan Jepun serta gula-gula.

Hamarikyu Onshi-teien ini boleh diakses oleh dua pintu utara.

5. Koishikawa Korakuen

Koishikawa Korakuen antara taman yang dijaga dengan teliti.

Antara taman paling tua di Tokyo. Malah ciri-ciir dan reka bentuk taman turut memperlihatkan nilai estetika tradisional Cina.

Ketika musim luruh, taman ini antara yang popular di Tokyo.

6. Tokyo National Museum Garden

Ketika cherry blossoms atau sakura berbunga, taman ini dibuka kepada umum.

Disiarkan pada: August 5, 2017 @ 1:52am
d