dekotaman

Bunga kertas mudah dijaga

Oleh HM Digital

Bougainvillea, si bunga kertas antara bunga landskap taman popular di kawasan beriklim panas yang memiliki penggemar tersendiri.

Memiliki pelbagai warna termasuk putih, merah muda, kuning, ungu, magenta dan jingga, Bougainvillea dipanggil bunga kertas kerana kelopaknya yang nipis bertekstur seperti kertas.

Bunga ‘Santa Rita’ (panggilan Bougainvillea di Argentina dan Brazil) dikatakan berasal dari Afrika Utara adalah pohon kecil dan berduri yang memiliki ketahanan terhadap serangan serangga perosak.

Di seluruh dunia, terdapat lebih 300 jenis Bougainvillea yang dihasilkan menggunakan kaedah pembakaan tiga daripada 18 spesies bunga-bungaan ini yang diiktiraf ahli botani.

Fakta menarik, cahaya adalah tarikan buat Bougainvillea. Pokok bunga kertas ini memerlukan enam hingga lapan jam cahaya matahari sehari, jadi sebaiknya ia diletakkan di kawasan terbuka tanpa terlindung daripada bangunan ataupun pokok bersaiz besar.

Sekiranya bunga Bougainvillea tidak mendapat cahaya secukupnya, pokok ini kurang mengeluarkan bunga, warna bunga lebih gelap, tidak tahan lama dan cepat gugur.

Sebagai bunga beriklim panas, Bougainvillea tidak memerlukan air yang banyak terutama bagi yang ditanam di dalam pasu. Ini kerana bekalan air yang berlebihan membuatkan akar baru pokok bunga Bougainvillea mudah

rosak.

Disiarkan pada: December 9, 2017 @ 12:00am
d