dekotaman

Siling mozek kaca

Oleh Susunan Nurul Husna Mahmud

Mozek kaca digunakan artis seni bina kurun ke-16 termasuk Michelangelo, Raphael dan Bernini sebagai perincian penting pada siling gereja Vatican ketika itu.

Menariknya, penghasilan seni hiasan kaca terbabit dilihat begitu sempurna hingga ramai menyangkakan ia adalah lukisan.

Selain gereja di Eropah, estetika mozek kaca berkenaan turut menjadi elemen penting kepada beberapa bangunan ikonik bersejarah sehingga mengundang pengunjung serata dunia ke lokasi berkenaan.

Terdapat tujuh binaan menggunakan mozek kaca sebagai perincian siling hingga disenaraikan antara terbaik di dunia.

1. Palau de la M'sica Catalana, Barcelona, Sepanyol

Dibina antara tahun 1905 dan 1908 oleh arkitek Catalan Art Nouveau Lluis Domenech i Montaner.

Turut disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Bangunan itu ialah dewan konsert yang menampilkan siling kaca biru dan keemasan pernah memenangi anugerah bangunan terbaik daripada Majlis Bandaraya Barcelona pada 1909.

2. Shah Cheragh, Shiraz, Iran

Masjid Shah Cheragh juga dikenali sebagai Masjid Zamrud kerana siling cermin mozeknya berwarna hijau memukau ditambah dengan lampu candelier berkilauan yang tergantung.

3. Galleria Vittorio Emanuele II, Milan, Itali

Dibina antara 1865 hingga 1877 di persimpangan dua jalan raya menjadikan arked berkenaan sebagai pusat beli-belah tertua di Itali.

Paling berharga ialah kubah kaca yang terletak di tengah-tengah kompleks itu.

4. Hotel d’Angleterre, Copenhagen, Denmark.

Beratus-ratus ribu keping kaca terdiri daripada siling mozek di Palm Court d’Angleterre menjadikannya siling terbesar seumpamanya

di Eropah Utara.

Ia direka artis kaca Itali, Albano Poli yang popular dengan hasil kerja mozek lain termasuk tingkap kaca tiup berbentuk mawar di Santa Croce Basilica Florence Itali dan taman Vatican.

5. Tiffany Dome di Macy’s, Chicago, Amerika Syarikat

Terletak tinggi di Unit Kosmetik di tingkat satu syarikat Macy’s di Chicago antara mozek kaca paling besar terdapat di bandar itu.

Menggunakan kira-kira 1.6 juta keping kaca berwarna.

Pada mulanya menempatkan jabatan jualan Marshall Field (diperoleh dan dinamakan semula oleh Macy’s pada 2006).

6. Hotel Four Seasons Gresham Palace, Budapest, Hungary

Atrium warna putih dan biru laut ini seolah-olah mengalu-alukan pengunjung yang menginap di hotel di tebing Sungai Danube itu.

Siling kaca berkenaan pada awalnya ialah bumbung hiasan buat tempat menurunkan penumpang kereta kuda istana.

7. Masjid Nasir Al-Mulk, Shiraz, Iran

Masjid berkenaan dikenali sebagai masjid merah jambu kerana warna siling mozeknya berwarna-warni seperti gula-gula.

Disiarkan pada: May 26, 2018 @ 8:47am
d