dekotaman

Keistimewaan teratai

Oleh HM Digital

Flora akuatik daripada keluarga Nymphaeaceae berasal dari Asia biasanya tumbuh di atas air yang tenang seperti kolam, sungai dan bekas lombong.

Mekar kembang di atas permukaan air, bunga teratai memiliki daun berbentuk oval dikatakan mempunyai lebih lebih 50 spesies seluruh dunia.

Memiliki ukuran diameter bunga antara lima hingga 10 sentimeter, bunga teratai mempunyai pelbagai warna yang menarik seperti putih, putih kekuningan, ungu, ungu lembut, biru, merah jambu dan merah muda.

Antara spesies bu­nga teratai yang popular, Nymphaea caerulea berwarna biru keunguan juga dipanggil lotus Mesir biru, Nymphaea gigantea violacea berwarna putih campuran ungu, Nymphaea jamesoniana berwarna putih kekuningan dan Nympaea pubescens berwarna merah jambu.

Menjadi bunga rasmi bagi India, Mesir dan Vietnam, teratai mempunyai khasiat tersendiri terutama kesihatan termasuk mengubati batuk berdarah, panas dalam badan, mengurangkan insomnia, menormalkan tekanan darah, menghilang­kan tekanan dan memelihara kesihatan mata.

Berasal dari Mesir berikutan peninggalan kuno di makam Ramses II, dipercayai teratai digunakan dalam upacara tradisional masyarakat Mesir kuno.

Merebak ke wilayah Yunani dan digunakan sebagai per­sembahan bagi Nymphs (nama wanita cantik), akhirnya teratai mendapat nama jolokan Nymphae dalam bahasa latin.

Uniknya, teratai akan timbul di permukaan air dan kembang mekar pada waktu pagi. Menjelang petang, bunganya kembali kuncup dan tenggelam ke dalam air.

Disiarkan pada: June 9, 2018 @ 7:38am
d