dekotaman

Rakam, kongsi kenangan

Oleh Aniza Zainudin

Perkongsian gambar menarik dengan #hariraya2018 atau #aidilfitri2018 pasti menjadi carian popular apabila masing-masing ingin berkongsi kemeriahan dan keseronokan menyambut hari kemenangan itu kelak.

Jika dulu, sukar untuk kita bersama-sama berkongsi kegembiraan, namun dengan kecanggihan teknologi hari ini ditambah kepantasan jalur lebar, kewujudan pelbagai platform media sosial mengeratkan silaturahim jarak jauh menerusi fotografi.

Instagram, satu daripada medium sosial paling popular masa kini. Demi berkongsi fotografi yang menarik, istimewa dan unik untuk tatapan umum, anda perlu kreatif.

Berikut perkongsian panduan mudah dan cepat IKEA dalam memberi inspirasi untuk menjadikan kediaman yang mesra laman sosial seiring dengan kemeriahan Syawal.

1. Serlahkan keenakan air tangan dengan susunan ‘flat lay.’

Penggunaan kaedah fotografi secara ‘flat lay’ menyerlahkan lagi kelazatan juadah yang diatur sempurna di atas meja, dikongsi bersama mereka yang jauh dan tidak sempat berkunjung ke kediaman anda.

Bagi menaikkan seri gambar, anda boleh menggunakan kain atau alas meja berona terang. Selain itu, kombinasi pinggan yang berbeza warna dan saiz turut membuatkan foto anda lebih menakjubkan.

Bagi mencipta kelainan, anda juga boleh menggunakan landas cincang sebagai pinggan untuk menyajikan kuih-muih seperti cara persembahan makanan di kafe dan hotel. Set kutleri perak yang memiliki hiasan pula mampu menyempurnakan hidangan berkenaan.

Sajian enak seperti kuih-muih berwarna-warni yang dihidangkan menggunakan set makan malam sofistikated seperti Foradla tiga tingkat turut membangkitkan selera, malah fotografi ‘flat lay’ menjadikannya lebih menarik.

Sentuhan tumbuhan tiruan berpasu Fejka dan lilin Blomdoft menarik sebagai kemasan akhir dalam mencantikkan lagi meja makan anda.

2. Hasilkan titik fokal di ruang tamu

Ruang tamu adalah fokus utama yang menjadi tumpuan menyambut kunjungan saudara dan rakan taulan. Ia pastinya menjadi latar belakang untuk sesi bergambar.

Bagi menghasilkan latar belakang yang mesra foto, anda boleh memilih warna terang, bentuk dan jalur yang tajam seperti sofa atau meja sisi Flottebo untuk dijadikan titik fokal.

Warna terang dan jalur yang cantik dipadankan dengan dinding berwarna cerah dilihat berjaya mewujudkan kontra yang berbeza.

Suntikan corak menarik melalui hiasan seperti sofa dan langsir pula memberikan gaya kepada rekaan peribadi anda.

Contohnya, kombinasi sofa atau kerusi berwarna tunggal bersama sofa Nedja mampu menghasilkan kontra warna sekali gus menyerikan lagi ruang sedia ada.

Tambahan kusyen yang berfungsi sebagai asas di lantai yang tentunya menjamin keselesaan tetamu.

3. Kombinasi pelbagai tekstur untuk mencipta kesan lebih unik

Kombinasi pelbagai tekstur dan bahan antara satu cara mudah untuk memberikan ‘lapisan’ kepada rekaan dalaman.

Pemilihan trend terkini berdasarkan tekstur industri pasti menjadikan kediaman anda kelihatan unik.

Pilihan barangan kayu dengan kemasan semula jadi, rotan dan tumbuhan hidup turut mencipta rona warna yang menenangkan.

Untuk menghasilkan kesan ‘lapisan,’ anda boleh memilih permaidani berwarna-warni yang memberi keselesaan pada kaki, sesuai dipadankan bersama perabot lain.

Bagi menghasilkan titik fokal, jadikan langsir sebagai medium untuk mengawal sinaran mentari.

Disiarkan pada: June 9, 2018 @ 7:42am
d