dekotaman

Hati tenang, damai

Oleh Zaitie Satibi

Pakar perabot untuk kediaman, IKEA meminta rakyat Malaysia untuk meneroka detik pentingnya bagi mendapatkan ketenangan dan keselesaan melalui kempen ‘Make Room for Nature.’ Melalui kempen itu, IKEA berharap untuk menyerlahkan lagi peranan kediaman anda sebagai tempat memulihkan dan memperbaharui diri daripada tekanan kehidupan seharian.

Menurut Timbalan Pengarah Runcit IKEA Malaysia, Gerard Jansen, kempen ini adalah sebahagian daripada visi IKEA Malaysia untuk mewujudkan kehidupan seharian yang lebih baik untuk semua.

Pada masa sama, kempen ini juga bertujuan menghubungkan semula diri anda dengan alam semula jadi apabila menjadikan kediaman sebagai tempat untuk melarikan diri daripada tekanan kehidupan moden.

Mengikut kajian yang dijalankan IKEA Life at Home 2017, satu daripada dua rakyat Malaysia merasakan bahawa mereka tidak dapat menghabiskan masa yang mencukupi bersama keluarga.

Di samping itu, 21 peratus rakyat Malaysia pula tidak merasakan ketenangan secara mental di rumah dan mereka rasa sukar untuk meninggalkan kehidupan di luar rumah.

Kesukaran ini lebih dirasai golongan ibu bapa apabila hampir separuh daripada mereka berjuang untuk mencari keseimbangan yang betul apabila menggunakan teknologi di rumah. Bagaimanapun, semua itu boleh diperbaiki.

Ketika menjalankan kajian Life at Home, IKEA mendapati ruang peribadi menggalakkan kebahagiaan di rumah. Ruang tamu dan bilik tidur memainkan peranan penting dalam memperbaharui dan memulihkan semula tenaga anda.

Oleh itu, IKEA mengenal pasti beberapa tumpuan utama untuk membantu kempen menghidupkan kempen berkenaan. Antaranya, dengan mendapatkan keselesaan tidak kira sama ada sentuhan lembut sofa yang selesa atau aromaterapi yang menenangkan. Ini kerana keselesaan adalah berbeza untuk semua orang dan keperluan untuknya berubah sepanjang hari.

Cari ketenangan dan kedamaian menerusi tempat persembunyian khusus anda dan larikan diri daripada kekacauan. Tempat persembunyian ini boleh menjadi bilik peribadi atau hanya sudut yang tenang. Pilih yang selesa untuk anda.

Gunakan bahan semula jadi kerana di dunia hari ini kebanyakan kita sudah terputus daripada alam semula jadi. Oleh itu, anda perlu dapatkan semula perasaan alam semula jadi dengan mewujudkan suasana dipenuhi bahan semula jadi dan rona kehijauan.

Perbaiki kesan pemulihan tumbuhan untuk mewujudkan suasana yang lebih menenangkan. Anda boleh membawa tanaman ke dalam rumah. Tumbuhan mempunyai kesan pemulihan dari segi fizikal dan mental. Ia memiliki rona hijau yang neutral dan ia boleh memberikan ketenangan di rumah anda.

IKEA menawarkan ratusan produk yang direka dengan sempurna, berfungsi dengan baik dan mampu milik sama ada sofa lembut untuk rehat yang sempurna atau kerusi kegemaran untuk anda duduk membaca buku.

Cari inspirasi di IKEA dan mulakan kempen ini dengan melayari laman sesawang IKEA.my.

Disiarkan pada: July 14, 2018 @ 11:45am
d