dekotaman

Pilihan warna 'sejukkan' persekitaran

Kini

terdapat pelbagai perumahan baharu dibuka bagi memenuhi permintaan belia untuk memiliki kediaman. Kita sedia maklum kawasan sekitar di taman perumahan baharu biasanya terlalu terbuka kerana pokok yang ditanam pemaju masih kecil yang masih baru menjadikan persekitaran berbahang hingga ke dalam rumah.

Untuk memberi rona meredupkan dalam kediaman, pilihan warna latar tertentu bagi membantu ‘menyejukkan’ persekitaran menerusi pilihan warna seperti hijau, biru atau ungu:

1. Hijau

Seperti alam memberi ketenangan, warna semula jadi ini dapat menyejukkan pandangan mata. Malah, ia juga antara terapi apabila warna hijau digunakan sebagai latar ruang tidur atau tetamu sekali gus membangkitkan mood santai pada penghuni.

2. Biru

Apabila warna ini dipadankan dengan elemen lain berwarna putih dan perang kayu, suasana bagaikan bercuti di pulau. Jadi, ia disarankan sebagai warna tema ruang beradu atau tamu kerana dikatakan membantu menstabilkan tekanan darah dan pernafasan sebaik memandangnya.

3. Ungu

Jika ton gelap yang dipilih, impak serta-merta diberikan ialah mesej ‘mahukan privasi’ disebabkan elemen ekslusif ditonjolkan menerusi ton terbabit.

Namun andai penghuni memilih ton ungu lavender mesejnya pula berlainan iaitu relaks dan tenang seperti mana kesan warna biru yang lembut.

Disiarkan pada: June 29, 2019 @ 11:57am
d