dekotaman

Gabung tanaman pelbagai fungsi

Oleh Helmy Abd Rahman

AMAT penting menggabungkan elemen seni dan teknikal bagi memastikan pengolahan sesuatu penataan landskap kelihatan menarik serta mempunyai keistimewaan tersendiri dari segi fungsi selain nilainya.

Gabungan tanaman hiasan yang mempunyai karakter dan morfologi unik dari segi tekstur, warna, fungsi serta susunan atau formasi dapat menghasilkan impak menarik serta unik dalam mencipta taman.

Pemilihan tanaman hiasan bersesuaian dengan keadaan mana-mana kawasan dan kesesuaian dengan konsep landskap yang ingin diketengahkan, turut memainkan peranan penting. Ia bagi memastikan spesies tanaman hiasan dihasilkan mampu menyerlahkan seni penataan yang ingin diterjermahkan.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Industri Tanaman Jabatan Pertanian, Muhamad Adli Salihin Samsudin, penggun

aan tanaman yang mempunyai fungsi selain daripada teduhan antaranya yang punya unsur perubatan, makanan, minuman, perindustrian dan menarik minat serangga contohnya rama-rama serta lebah, kini semakin mendapat sambutan.

Ia dianggap landskap produktif yang rancak digunakan pada ketika ini, sekali gus membuktikan, tanaman berkenaan menawarkan fungsi lain yang menarik dan bernilai tinggi, tidak hanya nilai estetika sedap mata memandang sahaja.

“Selain berperanan menceriakan sesuatu kawasan tumpuan, seni bina landskap mampu memberi manfaat kepada keseimbangan alam sekitar, meningkatkan biodiversiti sesuatu kawasan, menyumbang kepada kesejahteraan sesuatu kawasan sebagai terapi yang memberikan ketenangan minda dan hati.

“Ia juga boleh melonjakkan nilai ekonomi kawasan terbabit.

“Komponen landskap ini boleh dipelbagaikan pembinaannya sama ada untuk yang berskala besar dan kecil,” katanya.

Menurutnya, lokasi seperti taman awam, kawasan perumahan, kediaman orang

perseorangan, pejabat, sekolah dan pusat beli-belah menjadikan elemen landskap sebagai satu kemestian.

“Usaha menggabungkan elemen se

mula jadi dengan struktur buatan manusia atau lebih dikenali sebagai perabot landskap contohnya gazebo, kerusi taman, laluan pejalan kaki, laluan refleksologi, arca dan elemen pancuran air, landskap yang dihasilkan dap

at memberikan elemen estetika yang tiada tolok bandingannya,” katanya.

Disiarkan pada: August 3, 2019 @ 8:34am
d