dekotaman

'Span ajaib' berkesan

Oleh HM Digital

SPAN melamin atau lebih popular dipanggil, ‘span ajaib’ kerana ia adalah alat pembersih yang berkesan bagi menanggalkan kotoran pada semua permukaan.

Penggunaan sedikit air bersama span melamin ini menjadikan proses pembersihan lebih berkesan dan mudah.

Berikut antara kegunaan ‘span ajaib’ ini:

1. Membersihkan jubin, lantai jenis linoleum dan jubin seramik seperti baru.

2. Mengeluarkan kotoran tanpa menggunakan bahan kimia.

3. Membuatkan barangan kemas seperti emas dan perak atau koleksi antik seperti baru.

4. Boleh menanggalkan kesan gam pada pelekat pada tingkap, cermin ataupun balang kaca.

5. Membersihkan dapur selepas aktiviti memasak.

6. Boleh menghilangkan kesan daki dan sabun pada lantai jubin, sinki dan juga pancuran.

7. Membersihkan semula aksesori dalaman kereta, namun jangan guna untuk membersihkan cat kereta anda kerana dibimbangi ia akan rosak.

8. Menanggalkan kesan terbakar dan kotoran pada periuk dan kuali.

9. Membersihkan kesan kotoran pada bekas makanan plastik.

10. Ia juga boleh mencuci kotoran pada barangan kulit seperti sofa, kerusi, dompet dan sebagainya.

11. Menghilangkan dengan mudah kesan dakwat pen pada mana-mana permukaan seperti dinding, meja dan kaca.

12. Menghilangkan kesan bintik-bintik hitam pada periuk seramik dan cawan kopi.

Disiarkan pada: September 14, 2019 @ 5:20am
d