dekotaman

Bas jadi kediaman

Oleh Helmy Abd Rahman

BUKAN sedikit rasanya yang pernah berangan memiliki rumah bas ketika kecil dulu. Namun tentu bukan mudah merealisasikannya dan mungkin menelan belanja besar terutama bagi mereka yang memilih untuk mengupah orang membuat transformasi dalaman bas supaya dapat didiami.

Begitupun, cabaran itu bukan sesuatu yang mustahil untuk dilaksanakan, sebaliknya proses untuk menyiapkan projek sebegini bagi penulis, amat mengujakan.

Tidak kira jika anda jenis yang suka berangan seperti penulis atau sememangnya berhajat memiliki rumah bas, berikut disenaraikan lima daripadanya:

1. Fern The Bus

Dimiliki pasangan Ben dan Mande Tucker serta anak lelaki mereka, Sawyer, berasal dari Michigan (Amerika Syarikat) inginkan kehidupan mudah dan ringkas selain berhasrat merantau ke bahagian sebelah barat negara berkenaan.

Bahagian dapur kediaman ini menggunakan kayu terbuka, kabinet putih dan direka supaya membolehkan limpahan cahaya matahari masuk manakala bilik air ditempatkan di bahagian belakang bas.

2. The Skoolie

Pemilik The Skoolie, Dean mentransformasikan bas ini untuk berjalan ke seluruh Amerika Syarikat bagi melakukan kerja amal sejak enam bulan lalu.

Lelaki ini menggunakan panel kayu terbuka, kabinet dengan warna biru dan siling ‘beadboard’ terang.

3. The Blue Ridge Mountain Bus

Terletak di kawasan pergunungan Hot Springs, North Carolina, bas ini dijadikan kediaman bagi keluarga Stacie Jameson. Malah, keluarga ini turut memulakan perniagaan menerusi syarikat dinamakan Blue Ridge Conversions! untuk sesiapa yang berminat menukarkan bas menjadi kediaman seperti mereka.

Mereka juga membina dek di bahagian tepi bas yang menawarkan pemandangan menakjubkan ketika minum pagi. Bahagian dapur diperbuat daripada lantai kayu, kabinet biru dan banyak bahagian simpanan pinggan, mangkuk.

4. Adventure Or Bust

Bas berwarna biru muda ini sudah menjengah seluruh Amerika Syarikat dan musim panas tahun lalu pasangan Brittany dan Steven ‘berjalan’ dari hujung pantai timur ke pantai barat negara berkenaan. Untuk hiasan dalaman, mereka menggunakan dapur kayu dan bilik tidur pula kelihatan mewah. Di lantai atas tayar pula diletakkan tandas dan bilik mandi.

5. The Simple Bus Life

Amanda dan Joe Trattner adalah peniaga dari Virgin Island yang tidak kedekut menghebahkan cara mereka hidup berdikari, tetapi pada masa sama mempunyai kebebasan kewangan.

Disiarkan pada: September 28, 2019 @ 5:10am
d