dekotaman

Trend barang kemas berwarna

Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus

PAMERAN dan Jualan Habib di ruang legar pusat beli-belah Suria KLCC, baru - baru ini antara yang menarik perhatian.

Ia bagi melengkapkan koleksi barangan kemas untuk digayakan pada Aidilfitri nanti atau hantaran majlis perkahwinan.

Ratusan koleksi rekaan menarik, unik dan boleh dimiliki selain menambat hati wanita.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Habib, Datuk Seri Meer Sadik Habib berkata, tahun ini, trend dilihat lebih cenderung kepada koleksi barangan kemas yang berwarna.

Ia termasuk koleksi barangan berlian dan batu permata safir biru yang dikatakan trend warna untuk barangan kemas.

Katanya, warna batu permata safir biru pastinya kelihatan menyerlah dan menonjolkan keanggunan pemakainya.

“Habib juga menawarkan koleksi rantai leher berjurai yang kini semakin popular dalam kalangan wanita berhijab.

“Walaupun berhijab ia tidak lagi menjadi halangan wanita bergaya jika memakai koleksi rantai daripad

a Habib.

“Selain itu, pengunjung juga boleh melihat sendiri koleksi perhiasan warisan lama masyarakat di negara ini seperti kerongsang, cucuk sanggul, gelang kaki, tepak sirih, tali pinggang dan pelbagai lagi,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Komunikasi Korporat Kumpulan Habib, Yasheeda Yashaiya berkata, menerusi pameran dan jualan itu, Habib membawa pengunjung bersama-sama melihat sendiri pelbagai koleksi rekaan eksklusif yang ditawarkan seperti berlian, Oro Italia, batu permata dan banyak lagi dengan harga berbaloi.

Katanya, di pameran itu, pelanggan boleh mendapatkan rantai leher berjurai yang minimalis mahupun sarat untuk digayakan mengikut citarasa masing-masing.

“Ini kerana pilihan barangan kemas dari Habib tidak terhad dalam reka bentuk atau warna.

“Apa yang penting, kami menawarkan perkhidmatan dan layanan terbaik untuk pelanggan setia,” katanya .

Disiarkan pada: March 7, 2020 @ 6:14am
d