dekotaman

Tawar diskaun menarik

Oleh Nurul Husna Mahmud

MEMAHAMI situasi semasa, rakyat Malaysia terus menghabiskan lebih banyak masa di rumah dan menjadi tempat mereka bekerja, bermain dan bersantai demi memutuskan rantaian penularan Covid-19.

Sudah semestinya melengkapi kediaman dengan semua perkara penting dalam memastikan rutin baharu boleh berlangsung dengan lancar dan teratur.

Justeru, usaha mewujudkan penyelesaian bagi setiap fungsi dalam aktiviti harian penting, bukan sahaja mengubah kediaman malah meningkatkan mood atau persekitaran positif supaya suasana bersama orang tersayang lebih menyenangkan.

Dalam keperluan itu, IKEA Malaysia membuat penawaran potongan sehingga 50 peratus untuk membantu rakyat Malaysia mencipta kehidupan seharian yang lebih bermakna di rumah baik pembelian secara dalam talian atau di gedung jenama itu bermula dari 5 hingga 30 November ini.

Tawaran meliputi barangan untuk ruang bekerja, keperluan kediaman sehinggalah kepada seleksi sajian di restoran gedung itu bagi kemudahan anda yang menjalankan rutin seharian sepenuhnya dari rumah.

1.Bagi keselesaan penghuni perlu bekerja dengan keadaan tersusun dan efisyen di rumah, BLECKBERGET Swivel chair antara bantu memberi sokongan selain PALLRA Magazine file dan PALLRA storage box.

Memiliki barang itu bukan sahaja membantu menata rias ruang kediaman sesuai untuk tempatkan 'pejabat sementara' malah rekaan praktikal untuk rekaan ruang kerja cukup terhad.

2. Bagi bertoleransi dengan ruang baru iaitu ruang kerja dalam rumah, perlu ada suntikan perubahan dengan bajet berpatutan. Pilihan VISTBRO Storage table iaitu meja lengkap dengan simpanan ketika ini ditawarkan pada harga lebih rendah iaitu RM99 berbanding kadar harga normal RM129 boleh membantu suntik 'mood' baru.

Barangan lain boleh memberi kelainan seperti lampu meja dan permaidani supaya kemasan dwi fungsi yang mana rekaan praktikal ruang kerja tetapi turut menampilkan keunikan ruang.

3.Impak kualiti hidup penghuni kediaman terutama dalam tempoh ini ialah keperluan dalam bilik tidur dipenuhi.

Mendapatkan tidur nyenyak adalah penting untuk merasa segar dan kembali bertenaga keesokan harinya. Selalunya unsur-unsur kecil tetapi penting menyumbang kepada kualiti tidur diabaikan.

Pemilihan tekstil yang tepat seperti penggunaan material sarung quilt dan bantal saiz bujang KRANSRAMS (RM49 berbanding harga normal RM79) memberi keselesaan selain dibantu pencahayaan dalam ruang beradu menerusi pemilihan langsir dan sebagainya.

4. Ruang paling kerap dan sering menjadi perhatian isi rumah membuatkan susun atur dapur juga penting ketika ini.

Susun atur lebih baik dengan item seperti FINTORP dish drainer, FINTORP Condiment stand dan Fintorp cutlery stand ditawarkan pada harga rendah daripada biasa iaitu masing-masing, RM29.20 berbanding harga normal RM44.90, RM35 jika sebelum ini RM55 dan RM15.90 dengan harga biasa RM25.90.

5. Menyatukan anda dengan makanan antara elemen dalam tawaran restoran IKEA kali ini menerusi seleksi menu baru nasi lemak goreng dengan ayam gulai, nasi biryani dengan 'chicken varuval,' nasi lemak goreng dengan rendang ayam serta nasi lemak goreng dengan ayam masak merah.

Boleh menikmati sajian di gedung atau dibawa pulang dan dihantar melalui Bungkusit dan GoGet.

Disiarkan pada: November 21, 2020 @ 6:31am
d