ekspresi

Pelekat karakter Islamik

Pelekat dipasarkan Ahjumma Shoppe tidak saja memaparkan berwarna menarik dan comel, malah elemen diketengahkan pengasasnya Faridah Rubani iaitu menampilkan karakter Islamik membuatkan ia unik.

Kata Faridah, didorong minat melukis, selain mempunyai ‘planner’ dan jurnal untuk mencatat segala rutin harian, dia mula menghasilkan pelekat.

“Saya minat melukis sejak di bangku sekolah lagi dan ia menjadi satu hobi rutin dalam hidup saya hingga ke hari ini. Di samping itu juga, saya sangat suka menulis ‘planner’ dan jurnal bagi mencatat rutin harian.

“Memandangkan jurnal agak kosong, saya mula melukis karakter di dalamnya. Namun, melukis karakter yang sama berkali-kali setiap kali hendak digunakan suatu yang mustahil.

“Jadi tercetuslah idea saya memerlukan pelekat, tetapi karakter di pasaran tidak memenuhi kehendak. Lalu saya reka sendiri karakter yang inginkan dan secara berdikit saya mula naik taraf mesin mencetak sehingga mampu kini berjaya menghasilkan pelbagai rekaan untuk pelanggan Ahjumma Shoppe,” katanya.

Kata Faridah, biasanya pelekat berkenaan dibeli sebagai hiasan buku nota dan aksesori.

“Pelekat karakter Islamik ini direka sesuai untuk hiasan ‘planner’ atau buku nota mahupun aksesori.

“Materialnya pula menggunakan kertas sticker jenis simili berlapisan ‘matte’ dan tidak licin permukaannya. Ini untuk memudahkan pengguna menulis sesuatu di atas pelekat terbabit,” katanya.

Disiarkan pada: August 13, 2017 @ 3:05am
d