ekstra

Perit jadi ahli 'keluarga' Yakuza

Oleh Agensi

TUBUH Shoko Tendo masih berparut kesan diseksa dan dirogol kejam rakan Yakuza, kumpulan kongsi gelap Jepun yang dianggotai bapanya sendiri ketika dia masih remaja. Malah tanpa belas kasihan, ayahnya, Hiroyasu Tendu tergamak menjualnya dalam industri seks selama lima tahun sebelum wanita cekal itu berjaya melarikan diri.

Anggota Yakuza dipercayai mencecah 35,000 orang, malah dibandingkandengan kumpulan mafia di Itali, ia jauh lebih kejam. Kumpulan mafia di Amerika Syarikat cuma mempunyai 5,000 ahli ketika kemuncaknya tetapi geng Yakuza terbesar di Kobe saja baru-baru ini direkodkan dianggotai 23,000 orang.

Yakuza amat digeruni dan terkenal melaksanakan pembunuhan beramai ramai, menyeludup organ secara haram malah untuk menganggotainya satu ketika dulu memerlukan ahli baru mengerat sendiri jari kelengkeng, amalan yang kini dihapuskan kerana ia memudahkan pihak berkuasa mengenal pasti mereka.

Amalan memotong jari kelengkeng ini digelar ‘yubitsume’ dilakukan sejak zaman samurai.Jari kelengkeng diperlukan untuk menggenggam pedang dengan kemas, tanpanya seseorang samurai lebih lemah dan terpaksa bergantung sepenuhnya dengan ketuanya.

Dalam buku mengenai pengalaman pahitnya, Shoko berkata, wanita langsung tiada taraf dalamYakuza menyebabkan isteri dan anak perempuan ahlinya turut dilacurkan termasuk untuk membayar hutang.

Dia yang kini berusia 50-an mengaku pernah menjadi penagih dadah malah anggota Yakuza sendiri menyediakan bekalannya.

“Saya terpaksa melakukan pembedahan plastik beberapa kali akibat kecederaan dialami.

Namun luka terhadap pada emosi saya masih kekal berparut,” katanya.

Rangkaian perdagangan seks Yakuza bukan hanya di Jepun malah termasuk

Korea, Thailand dan Filipina.

Walaupun ganas, imej digambarkan Yakuza secara keseluruhan amat bertentangan malah pada 2011 dipuji kerana banyak menyumbang untuk bantuan diberikan kepada mangsa gempa bumi dan tsunami.

Antara sumber utama Yakuza datang daripada pemerdagangan organ terutama ginjal dan hatimanusia. Contohnya, pada 2011, seorang doktor, Toshinobu Horiuchi ditahan kerana bersubahat dengan Yakuza untuk memalsukan pengambilan anak angkat demi mendapatkan organ. Yakuza juga diketahui pergi ke Taiwan atau Singapura untuk memperoleh organ banduan yang dihukum mati.

Disiarkan pada: February 12, 2019 @ 12:21pm
d