ekstra

Manusia ganjil

Oleh Agensi

SEORANG bayi dilahirkan dengan telinga manusia kerdil, ‘elf’ secara semula jadi manakala sindrom ‘tangan cermin’ milik seorang lelaki, antara paparan unik dan luar biasa yang dikongsi masyarakat dari seluruh dunia.

Semua gambar unik dan luar biasa itu dikongsi mereka di media sosial sebelum dikumpul dalam satu galeri oleh laman web Bored Panda.

Galeri imej luar biasa dibawakan oleh Bored Panda itu turut memaparkan mereka yang kurang jari-jemari dan budak lelaki mempunyai dua pusaran di kepalanya sehingga rambutnya membentuk ‘mohawk’ semula jadi.

Ada juga yang memiliki fizikal unik yang diterimanya secara keturunan daripada ibu bapa seperti seorang lelaki dari Amerika Syarikat, memiliki ibu jari kiri sama seperti ibunya dan ibu jari kanan sama dengan bapanya.

Walaupun semua yang disertakan luar biasa, ada yang benar-benar menonjol berbanding orang lain contohnya seorang lelaki dengan sindrom Waardenburg iaitu mempunyai mata yang berbeza warna.

Disiarkan pada: March 26, 2019 @ 11:02am
d