ekstra

Sentuhan lucu gaya selebriti

Antara gambar yang dimuat naik menunjukkan Riley Dashwood, pelajar sekolah di Melbourne, Australia itu berpakaian seperti Nicki Minaj tetapi rambut palsu hijau putih yang digayakan penyanyi itu diolah menggunakan salad, brokoli dan kobis bunga.

Emma Stone memakai gaun Louis Vuitton ketika menghadiri Oscar 2019, sebaliknya kanak-kanak cilik itu melekatkan wafel pada pakaiannya menggunakan pita pelekat.

Dalam gambar lain pula, Riley memakai kostum sosej untuk meniru gaya Zendaya ketika artis itu menyertai Minggu Fesyen New York dengan memakai baju merah dan kot coklat.

Riley beruntung kerana mendapat sokongan dan bantuan daripada ibu bapanya untuk mencipta pelbagai penampilan kreatif.

Ketika memberitahu BoredPanda, Riley berkata: “Ia projek keluarga yang dianggap lucu sekiranya kami lakukan bersama, bermula di Instagram dengan akaun Lil Tay, malah turut membuat video menampilkan Shia LaBeouf di YouTube.

“Kami melakukannya setiap hujung minggu dengan mengambil masa antara 15 hingga 45 minit,” kata Riley yang sentiasa positif dan kreatif.

Disiarkan pada: April 30, 2019 @ 10:58am
d