ekstra

Rusa 'tumpang' kereta

AKSI pemandu ini pastinya membuatkan anda berpusing dua kali untuk melihat. Daripada nenek yang bergantung pada belakang bas sehingga ke rusa sebagai penumpang kereta, semua gambar berkenaan menentang logik akal.

Pemandu dari seluruh dunia berkongsikan perkara pelik yang mereka hadapi ketika memandu dan

Bored Panda berkongsi sebahagian daripadanya, lapor Daily Mail.

Seorang lagi pemandu kelihatan seperti wira gladiator dari empayar Rome purba yang menunggang kenderaannya di lebuh raya manakala sebuah kereta yang kemek dengan tukul tersekat di sisinya.

Beberapa gambar lain turut mengejutkan menunjukkan seorang wanita memandu sambil ditemani Freddy Krueger dan Captain Amerika sedang menunggang motosikal.

Disiarkan pada: June 11, 2019 @ 8:09am
d