geny

Ragnarok di peranti pintar

Oleh Hazril Md Nor

Zaman kanak-kanak bukan saja dimeriahkan dengan gajet seperti digivice dan gameboy saja. Permainan di PC iaitu Ragnarok turut menjadi fenomena kira-kira 15 tahun lalu.

Namun sebaik saja muncul permainan berkonsepkan strategi dan berpasukan, popularitinya seolah-olah malap.

Bagaimanapun, peminat boleh tersenyum lega apabila Ragnarok kini boleh dimainkan di peranti pintar dan dalam versi bahasa Inggeris.

Meskipun tidak dikeluarkan secara rasmi oleh Gravity, syarikat dari China mula memandang serius akan populariti permainan ini lantas mendapatkan lesen penerbitan untuk ‘port’ ke peranti pintar.

Dinamakan Ragnarok Online Mobile, ia mempunyai kelainan kerana terdapat kandungan baru seperti ‘quest’ untuk mara ke peringkat lebih tinggi dengan cepat.

Namun, ia masih mengekalkan elemen asal seperti set kuasa, muzik, jenis barang dan raksasa yang menghuni dunia Ragnarok suatu ketika dulu.

Berikut adalah cara untuk menikmati Ragnarok Mobile di peranti pintar tanpa perlu menunggu versi rasmi dalam bahasa Inggeris yang akan dikeluarkan secara meluas di seluruh dunia.

Langkah 1

Untuk mendaftar, pergi ke laman web www.taptap.com/auth/login dan menukarkan bahasa kepada bahasa Inggeris.

Selepas berjaya mendaftar, anda hanya perlu melayari www.taptap.com/app/7133 untuk memuat turun fail Ragnarok Mobile bersaiz 500 MB menggunakan PC, komputer riba atau peranti pintar.

Untuk pengetahuan, aplikasi itu memerlukan sebanyak 1.6GB data. Oleh itu, adalah disarankan menggunakan WiFi ketika kali pertama membuka aplikasi Ragnarok.

Langkah 2

Jangan lupa untuk daftar masuk menggunakan akaun TapTap yang didaftar sebentar tadi. Selepas berjaya ke skrin ‘loading’, pilih ‘server’ dan klik ‘start game’ untuk memulakan permainan.

Bagi memastikan permainan itu dapat dimainkan dalam bahasa Inggeris, anda perlu memuat turun ‘patch’ daripada www.roguard.net. Perlu diingatkan, apabila tiba versi baru, kemas kini dulu aplikasi RO dan kemudian ‘patch’.

Disiarkan pada: May 25, 2017 @ 5:32am
d