geny

Peluang seumur hidup

Oleh RedzuanMuharam

Red Bull Music Academy (RBMA) komited memberi pendedahan dan mengasah bakat seni generasi muda menerusi pembukaannya di Berlin, Jerman dari 8 Oktober hingga 12 Oktober 2018.

Pembukaan akademi itu bersempena ulang tahun ke-20 dan menariknya, warganegara ini terutama belia berpeluang turut serta.

“Seramai 60 ahli muzik akan di pilih untuk diterbangkan ke Berlin bagi menyertai akademi berkenaan.

“Di akademi,peserta berpeluang mendengar ceramah dan sesi perkongsian daripada artis berpengalaman luas dalam bidang muzik dalam studio khas.

“Selain itu,peserta turut berpeluang bekerjasama dengan ahli muzik berpengaruh menerusi siri konsert awam yang bakal diadakan selama sebulan di seluruh bandar,”katanya dalam satu kenyataan media.

Sementara itu, alumni RBMA, Takahara Suiko (The Venopian Solitude) berkata, dia bangga kerana menjadi satu-satunya wakil Malaysia menyertai akademi di Montreal, Kanada pada September tahun lalu.

Katanya,meski pun tempoh singkat, pelbagai ilmu bermanfaat dipelajarinya dan berharap peserta terpilih memanfaatkan peluang dengan sebaik-baiknya.

“Ia pengalaman dan peluang seumur hidup yang cukup bermakna malah tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.

“Mana tidaknya,saya bukan saja diberi pendedahan mengenai bidang muzik secara teori tetapi peluang menimba pengalaman secara dekat dengan artis seperti Thundercat, Kaytranada dan Wit Butler dari Arcade Fire.

“Jadi,jangan sia-siakan peluang jika terpilih untuk terbang ke sana,”katanya.

Mereka yang berminat menyertai akademi berkenaan boleh memuat turun borang permohonan dari laman web, www.redbullmusicacademy.com dan menyerahkannya sebelum 4 September depan.

Sebagai syarat, pemohon perlu menghantar demo muzik berdurasi tidak melebihi 30 minit dan memuat naiknya di redbullmusicacademy.com/apply atau diposkan kepada pihak akademi dalam bentuk cakera padat(CD).

Keputusan rasmi dan pengumuman peserta terpilih akan dimaklumkan pada awal tahun depan.

Disiarkan pada: July 7, 2017 @ 9:22am
d