global

Kemalangan bas ragut nyawa 11 budak

Beijing: Sebelas kanak-kanak lima warga Korea Selatan dan enam China terbunuh apabila bas yang mereka naiki kemalangan dan terbakar dalam sebuah terowong di wilayah Shandong, selatan China.

Menurut pihak berkuasa tempatan, bas itu mengangkut kanak-kanak berusia antara tiga dan enam tahun ke sebuah tadika antarabangsa di Weihai, bandar di seberang Laut Kuning dari Korea Selatan.

Seorang guru turut cedera parah dalam kejadian itu.

Konsul Korea Selatan di Qinghao, ibu negeri Shandong, sebelum ini berkata, 10 kanak-kanak negara itu terbunuh.

China tidak menyediakan statistik mengenai jumlah kematian dalam kemalangan di negara itu setiap tahun.

Bagaimanapun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan, 250,000 orang mati akibat kemalangan jalan raya pada 2013.

China berikrar untuk mengekang pemanduan berbahaya tetapi pertumbuhan pesat pemilikan kereta dan kekurangan pemeriksaan terhadap kemampuan memandu menjadikan usaha menangani kemalangan sukar, khususnya di jalan raya di luar bandar. - Reuters

Disiarkan pada: May 10, 2017 @ 9:49am
d