global

Kereta pertama disaman kerana laju

Oleh Agensi

London: Inilah kereta pertama dalam sejarah disaman kerana memandu laju.

Kereta Arnold Benz ini disaman oleh seorang anggota polis yang menunggang basikal selepas ia dipandu selaju 12 kilometer sejam di sekitar pinggir kota Kent, England.

Ketika itu, had kelajuan ialah tiga kilometer sejam.

Menurut rekod, pemandunya, Walter Arnold ditahan oleh anggota polis terbabit yang mengejarnya dengan basikal.

Arnold didenda beberapa sen dan ia dipercayai kesalahan pertama di dunia kerana memandu laju.

Kereta ini akan dipamerkan di satu pertunjukan kereta, The Concours of Elegance di Hampton Court Palance, London, September ini.

Selain Arnold Benz, beberapa kereta lama dan kereta baru akan turut serta dalam pameran itu.

Disiarkan pada: May 13, 2017 @ 2:37am
d